suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri ‘mental’ suami bagi ‘silent treatment’, tiada ruang berbincang gara-gara luah hasrat kembali bekerja bayar hutang PTPTN

Komunikasi penting dalam sesebuah hubungan bagi mengelakkan daripada berlaku salah faham. -Gambar hiasan AI

SEBAGAI seorang isteri setiap keputusan yang dibuat perlu mendapat restu suami agar tidak timbul sebarang salah faham dan menghormati peranannya sebagai ketua keluarga.

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mendakwa diberi layanan dingin atau silent treatment selepas meluahkan hasrat untuk kembali bekerja.

Wanita itu memberitahu lelaki tersebut tidak merestui keputusan itu sedangkan dia perlu mencari pendapatan bagi melunaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Suami yang baik perlu menjaga kebajikan dan masa depan isteri sendiri. -Gambar hiasan AI

"Suami bagi layanan dingin dekat saya. Dia tak nak bercakap dengan saya sebab putuskan untuk bekerja.

"Tapi kalau saya tak bekerja, macam mana saya nak bayar hutang PTPTN? Saya buntu la. Saya rasa macam mental sebab dia bagi silent treatment," kongsinya menerusi hantaran di Threads.

Menurut wanita itu, respons diberikan disifatkan sebagai tidak adil kerana suami terus memberikan layanan dingin daripada berbincang dari hati ke hati mengenainya.

"Saya memang mental, sedih dan makan hati bila dia buat perangai. Saya pernah cuba nak berkomunikasi tapi dia macam tak berminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedekad pergi kerja naik motosikal, wanita akhirnya mampu beli Axia pada usia 32 tahun... Abang ‘joy killer’ minta bayar hutang ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Belanja sendiri pun sesak, isteri kerja gomen buat loan demi bayar hutang ah long adik! Suami siap sedia jadi gelandangan

"Dia tak bayarkan PTPTN saya tapi saya sedar yang berhutang itu saya dan sebab itulah saya nak cari kerja untuk membayar hutang.

"Tapi bila dia selalu bagi layanan dingin seperti ini saya jadi mental," ceritanya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang memberikan pandangan serta nasihat kepada wanita berkenaan.

Ada yang mempersoalkan tindakan suami wanita tersebut yang enggan menyokong usaha isteri melangsaikan hutang memandangkan lelaki itu tidak mahu menanggung beban berkenaan.

  • Suami didakwa tidak merestui isteri bekerja.
  • Wanita mahu bekerja untuk melunaskan hutang PTPTN.
  • Suami beri layanan dingin hingga isteri tertekan.
  • Isteri sedih suami tidak mahu berkomunikasi.
  • Netizen nasihat wanita teruskan kerjaya sendiri.

"Pada saya 'silent treatment' yang suami buat tanda dia tidak matang sebagai lelaki dan dia sepatutnya malu dengan dirinya sendiri.

"Susah sebenarnya hendak berdepan dengan orang macam ini. Dia seolah-olah ingin lari daripada isu dan masalah yang dibangkitkan kepadanya. Tiada sifat seorang pemimpin.

"Restu dan izin suami itu penting. Sentiasalah berdoa Puan, agar suami dapat dilembutkan hatinya dan diberikan jalan keluar daripada masalah ini," antara komen warga maya.

Artikel Lain