Setiap masalah melibatkan keluarga sewajarnya dibincangkan dengan baik agar dapat mencari jalan penyelesaian. -Gambar hiasan AI
MEMILIKI kereta pertama hasil titik peluh sendiri pastinya menjadi detik paling bermakna buat seseorang, apatah lagi selepas bertahun-tahun berusaha mengumpul wang demi merealisasikan impian tersebut.Bagi sesetengah orang, membeli kereta mungkin perkara biasa. Namun bagi mereka yang mengharungi pelbagai kesukaran sebelum mampu memilikinya, kenderaan pertama itu melambangkan sebuah pencapaian besar dalam kehidupan.Bagi seorang wanita, kegembiraan memiliki kereta pertama bagaimanapun bertukar sebaliknya apabila dia dimarahi abang sendiri kerana membuat keputusan membeli kenderaan berkenaan.Setiap individu pasti teruja apabila berjaya memiliki kereta pertama. -Gambar hiasan AI"Sepuluh tahun aku ulang alik pergi kerja naik motor. Tahun ke-11 aku dapat beli kereta walaupun Perodua Axia. "Tiba-tiba abang aku telefon cakap, mama ada hutang lama, kita adik-beradik kena bayar," kongsinya.Menurut wanita tersebut, dia terpaksa berterus-terang kepada abangnya mengenai situasi kewangannya apatah lagi mempunyai komitmen baharu selepas memiliki kereta.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindirARTIKEL BERKAITAN: "Semoga bisnes hang tak berjaya" - Adik 'semak' ada kakak busuk hati, dengki bapa mentua bagi tanahNamun reaksi yang diberikan nyata mengguris hati wanita berkenaan."Aku jawab banyak komitmen sebab nak kahwin dan simpan duit, duit makan aku lagi, duit minyak lagi. Duit aku simpan pun cukup-cukup untuk aku. "Abang aku jawab tinggi suara, aku dah cakap dengan kau jangan beli kereta, kau nak beli jugak!"Salah ke aku beli kereta? Aku kerja umur 21 tahun. Umur 32 tahun baru aku dapat beli kereta," luahnya dalam hantaran di Threads.Seorang wanita sedih selepas dimarahi abang sendiri kerana membeli kereta pertama selepas 11 tahun bekerja.Selama 10 tahun dia berulang-alik ke tempat kerja dengan motosikal sebelum mampu membeli Perodua Axia.Abangnya bertegas mereka adik-beradik perlu membayar hutang lama ibu mereka.Wanita itu memberitahu tidak mampu kerana mempunyai pelbagai komitmen lain.Abangnya marah dan mengungkit tindakan wanita itu membeli kereta walaupun sudah ditegah.Ringkasan ini dijana oleh AIDi laman komen, warga maya tampil dengan reaksi pelbagai namun rata-ratanya menasihatkan wanita tersebut supaya bertegas lebih-lebih lagi apabila melibatkan kewangan. "Teruknya abang... mungkin hutang dia, tapi petik nama orang lain."Jangan bayar kak, pedulikan diri sendiri je dulu."Dah kenapa nak kena bayar hutang ibu bapa pula pula," komen netizen.