suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ustazah kena aduan SISPAA, tugasan salin lapan ayat surah al-Insyirah dianggap tambah beban murid

Seorang cikgu dimarahi kerana didakwa membebankan muridnya dengan tugasan menyalin nota di papan putih. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi kelaziman seorang guru memberikan tugasan dan meminta pelajar menyalin nota di papan putih. 

Namun, dek lambakan tugas dan kerja rumah yang diberi, ada kalanya ia boleh mencetuskan rasa letih dan keluhan murid.

Seorang guru bagaimanapun terkejut apabila menerima aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia (SISPAA) ekoran tugasan latihan diberikan kepada muridnya.

Amalan menyalin nota dan tugasan latihan menjadi kelaziman dalam kalangan murid sekolah. -Gambar hiasan AI

Hal itu dikongsikan seorang wanita di laman Threads, bila mana individu terbabit dikatakan turut menerima aduan daripada ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan bebanan kerja ditanggung anaknya.

"Semalam mama beritahu ada seorang cikgu MySTEP kena SISPAA dengan alasan sebab cikgu itu suruh anak murid salin surah al-Insyirah.

"Waris itu bising cakap anak dia kena salin banyak dan ada lagi kerja rumah lain. Lapan ayat je pun, setiap ayat pendek-pendek, lainlah kalau surah al-Bayyinah.

"Ustazah aku pun dulu jenis suruh anak murid salin surah dan subjek itu kami ada empat ke lima buku tulis berasingan," ujarnya.

  • Seorang guru didakwa menerima aduan melalui SISPAA selepas meminta muridnya menyalin Surah Al-Insyirah sebagai latihan.
  • Aduan dipercayai dibuat oleh ibu bapa yang tidak berpuas hati kerana anak mereka perlu menyiapkan tugasan tersebut selain kerja rumah lain.
  • Wanita berkenaan menjelaskan Surah Al-Insyirah hanya mengandungi lapan ayat yang pendek.
  • Warganet berpendapat aktiviti menyalin surah dapat membantu murid membaca, menghafal dan memahami pelajaran.

Sementara itu, warganet rata-rata turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap segelintir murid yang disifatkan terlalu manja dan tiada rasa hormat terhadap guru.

Malah tindakan ibu bapa yang semberono menghukum warga pendidik tanpa soal siasat juga turut dianggap punca disiplin pelajar kian merosot.

"Ibu bapa tolonglah jangan sikit-sikit nak SISPAA, disebabkan perkara inilah ada sampai tak mahu jadi cikgu di sekolah. Lebih rela jadi guru peribadi atau buka pusat tuisyen sendiri.

"Budak sekarang memang pemalas... Baru salin sikit, tangan sakit, lenguh. Anak saya pun macam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama muncul dalam SISPAA, cikgu terkejut ada waris beri penghargaan... Ramai sangka hanya saluran kritik orang ‘gomen’

ARTIKEL BERKAITAN: Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah 'sentap' terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anak

"Ramai ibu bapa tak faham kebaikan salin... Apabila menyalin sesuatu, pada masa sama anak akan baca, dan hafal. Itu pun nak SISPAA, pendek akal betul," antara komen netizen.

SISPAA merupakan saluran rasmi yang membolehkan orang ramai mengemukakan aduan, pertanyaan, cadangan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan agensi kerajaan.

Melalui sistem ini, orang ramai boleh melaporkan pelbagai isu termasuk kelewatan urusan pentadbiran, mutu perkhidmatan serta masalah berkaitan kemudahan awam atau tindakan terhadap kakitangan kerajaan.

Artikel Lain