suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penat jaga anak demam belum hilang, kena layan tetamu pula! Wanita stres ahli keluarga suka terjah rumah waktu malam

Menjaga adab ketika menziarahi rumah orang penting bagi memelihara silaturahim dan tidak menyusahkan tuan rumah. -Gambar hiasan AI

KEHADIRAN ahli keluarga bertandang ke rumah pastinya menggembirakan, apatah lagi apabila berpeluang meluangkan masa bersama insan tersayang yang sudah lama tidak bersua muka.

Namun, lain pula kisah seorang wanita yang meluahkan rasa serba salah apabila berasa marah terhadap ahli keluarganya yang kerap berkunjung ke rumah tanpa perancangan awal.

Menurut wanita itu, dia memahami niat baik adik-beradik iaitu mahu menjenguk anaknya, namun waktu kunjungan yang kurang sesuai membuatkan dia berasa kurang selesa.

Ahli keluarga perlu tahu batas dalam sesuatu perkara agar tidak menyusahkan tuan rumah. -Gambar hiasan AI

"Saya tahu adik-beradik memang berniat baik nak datang melawat. Tapi mereka suka datang waktu malam dan hari kami bekerja.

"Saya ni laki bini bekerja jadi jarang sangat ada dekat rumah. Rumah bukan sentiasa dalam keadaan kemas dan sesuai untuk tetamu datang.

"Yang paling saya marah kali ni, mereka datang sebab nak tengok anak demam. Dah separuh jalan baru mesej cakap dalam perjalanan ke rumah saya," katanya.

Wanita itu menjelaskan, anaknya kebiasaannya sudah tidur seawal pukul 8.30 malam.

Justeru, tindakan ahli keluarga yang hanya memaklumkan kehadiran sekitar pukul 8.15 malam benar-benar menyukarkan posisinya sebagai tuan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah mak jadi ‘port’ balik kampung, saudara-mara bertandang macam tetamu kehormat... Langsung tak tolong di dapur!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gembira famili selalu datang rumah... Tak pernah nampak mak ayah jadi ‘raja’, layan isteri macam hamba

Menerusi hantaran di Threads, dia turut meluahkan rasa keletihan kerana perlu menguruskan anak yang tidak sihat, dalam masa sama terpaksa memikirkan keadaan rumah sdan persiapan untuk melayan tetamu.

"Penat jaga anak demam tak hilang lagi, kena layan tetamu pula. Tak kan orang datang, saya tak buat air dan jamu makan.

"Stres ya kemas rumah untuk tengok rumah bersepah balik. Esoknya kerja pula tu. Tapi apabila mereka dah balik, rasa macam serba salah pula ada perasaan marah macam tu," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memahami beban emosi ditanggung wanita berkenaan, malah ada yang turut berkongsi pengalaman serupa berdepan sikap tetamu sedemikian.

  • Wanita stres ahli keluarga suka datang rumah tanpa beritahu awal.
  • Anak demam, tetamu datang mengejut pada waktu malam.
  • Baru mesej ketika sudah separuh jalan nak ke rumah.
  • Penat bekerja, wanita serba salah rasa marah pada tetamu.
  • Netizen kongsi pengalaman ahli keluarga suka datang tanpa diundang.

"Saya pernah kena begini. Hari minggu, lepas waktu zohor anak-anak baru lelap. Kita baru baring sebelah anak tiba-tiba abang ipar dengan bini dia sampai.

"Rumah tengah bersepah, barang dapur tak ada sebab rancang hari Ahad baru kemas rumah dan beli barang dapur. Kalau mentua datang Kuala Lumpur, adik-beradik terus hantar rumah saya.

"Masa pindah pada tahun 2021 ke rumah lain, terus saya rahsiakan alamat baharu. Sampai sekarang tak benarkan sesiapa datang. Lega betul tak ada yang main terjah je," komen netizen berkenaan.

Artikel Lain