suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tomboi nak potong rambut, tukang gunting lelaki elak sentuh demi jaga batas - “Tetap nampak keperempuanan dia”

Sesetengah kedai gunting rambut tidak menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan ‘unisex’. -Gambar hiasan AI

BAGI golongan peniaga, keuntungan sememangnya menjadi keutamaan dalam mencari rezeki.

Namun soal prinsip, adab dan pegangan agama juga tidak seharusnya diketepikan hanya kerana mahu memuaskan hati pelanggan.

Terpanggil untuk berkongsi kisah sebagai teladan bersama, seorang wanita bercerita mengenai pengalaman suaminya yang didatangi pelanggan berlainan jantina yang mahu menggunting rambut. 

Menurut wanita itu, kedai gunting rambut berkenaan sememangnya dikhususkan untuk pelanggan lelaki sahaja.

"Suami aku kerja dekat kedai gunting rambut. Memang untuk lelaki sahaja. Hari tu ada seorang pelanggan sampai depan kedai. Dia turun motor dan kemudian masuk kedai. Suami aku perhati je," kongsinya.

Perniagaan bukan sekadar mengejar keuntungan, tetapi perlu mengutamakan keberkatan. -Gambar hiasan AI

Perniagaan bukan sekadar mengejar keuntungan, tetapi perlu mengutamakan keberkatan. -Gambar hiasan AI

Tambah wanita itu, suaminya dengan sopan bertanya sesuatu sebelum memberitahu kedainya hanya menyediakan perkhidmatan gunting rambut untuk lelaki sahaja. 

"Suami cakap... dik, awak perempuan ke? Maaf ya, abe (abang) potong rambut lelaki je. Adik itu terus angguk tanda faham dan keluar dari kedai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dipandang serong sebab kerap tak ‘join’ aktiviti syarikat! Ramai tak boleh terima alasan jaga aurat, batas pergaulan

ARTIKEL BERKAITAN: Izin tumpang sebab rumah dekat dengan universiti, wanita terkedu adik perempuan sanggup ‘panjat’ tubuh abang ipar

Berkongsi lebih lanjut, wanita itu berkata dia hairan bagaimana suaminya dapat mengecam jantina sebenar pelanggan biarpun penampilan luaran kelihatan sama seperti kaum Adam yang lain.

"Suami jawab, walaupun seseorang perempuan cuba jadi lelaki, tetaplah nampak keperempuanan dia. Alhamdulillah, sebagai isteri, lega sebab suami jaga batas," tulisnya dalam hantaran di Threads. 

  • Seorang isteri bersyukur apabila suaminya menolak pelanggan wanita yang mahu menggunting rambut di kedai khas lelaki.
  • Suaminya menegaskan kedai itu hanya menyediakan perkhidmatan gunting rambut untuk lelaki kepada pelanggan tersebut.
  • Pelanggan itu akur selepas suaminya menjelaskan perkara sebenar secara sopan.
  • Wanita itu lega kerana suaminya tetap menjaga batas ketika bekerja.
  • Warga maya memuji tindakan suaminya yang berpegang pada prinsip tanpa mengabaikan adab terhadap pelanggan.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji suami wanita berkenaan kerana  tetap berpegang pada prinsipnya selain menyifatkan sikap sedemikian sebagai sesuatu yang wajar dicontohi.

Malah, ada juga yang berpendapat peniaga perlu berani menetapkan batas dalam urusan kerja tanpa mengabaikan adab ketika berhadapan dengan pelanggan.

"Mahal suami awak ni, kak.

"Agaknya memang kelebihan lelaki yang Allah bagi pada mereka.

"Betapa tajamnya mata lelaki," komen netizen.

Artikel Lain