suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah 20 tahun menumpang percuma, ‘wak’ Indonesia lupa diri... Halang waris jual tanah, tuntut pampasan RM50,000!

Isu perebutan tanah pusaka sering berlaku apabila kebenaran menumpang disalahgunakan selepas tempoh yang lama. -Gambar hiasan AI

SIKAP pemurah seorang pemilik tanah yang membenarkan pekerja warga Indonesia membina pondok kecil di kebunnya sejak puluhan tahun lalu akhirnya memakan diri apabila waris kini berdepan jalan buntu untuk menguruskan harta pusaka.

Mana tidaknya, warga asing itu bukan sahaja menghalang proses jual beli tanah kebun berkenaan, malah turut meminta pampasan sebanyak RM50,000.

Kisah menyakitkan hati itu dikongsikan oleh isteri kepada seorang perunding hartanah yang bersimpati dengan nasib klien suaminya berikutan sikap angkuh individu terbabit.

Masyarakat dahulu sering bersikap prihatin dan bertimbang rasa pada pekerja. -Gambar hiasan AI

Masyarakat dahulu sering bersikap prihatin dan bertimbang rasa pada pekerja. -Gambar hiasan AI

"Bapa pemilik tanah ada gajikan seorang Indonesia untuk uruskan kebun, siap bagi menumpang tanah dan bina pondok kecil.

"Sudahnya, pekerja tu buat macam tanah sendiri, dah 20 tahun tinggal di tanah tu dan hasil semua dia tak bagi," ujarnya di Thread.

Lebih mengejutkan apabila waris dimaklumkan bahawa kebun mengalami kerugian dan tidak mempunyai hasil.

  • Seorang pekerja warga Indonesia diberi kebenaran membina pondok kecil di kebun majikannya.
  • Sepanjang 20 tahun menetap di situ dia didakwa tidak menyerahkan hasil kebun.
  • Kediamannya itu semakin besar meskipun pemilik asal tanah sudah meninggal dunia.
  • Apabila waris mahu menjual tanah, dia didakwa meminta pampasan RM50,000.
  • Warga maya menyarankan waris mendapatkan perintah mahkamah dan mengambil tindakan perundangan.

Namun apa yang lebih melampau, kediaman yang ditumpang itu semakin lama semakin dibesarkan, malah dia bertindak menolak hak waris selepas pemilik asal tanah meninggal dunia.

"Apabila nak jual tanah, dia marah dan siap cakap yang tanah tu tak ada pemilik. Anak arwah nak jual sebab dah berpuluh tahun dia duduk percuma je tapi apabila disuarakan, bekas pekerja tu minta RM50,000.

"Siap marah ejen dan bakal pembeli selain menyatakan tanah banjir dan pelbagai lagi," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib hidup miskin... Jiran warga Indonesia sering 'sedekah' sisa, makanan basi untuk keluarga - "Tahu, dah lama tak makan ikan"

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Indonesia pegang IC merah tunjuk taring, tengking pekerja tempatan macam tuan tanah... Ditanya fasal Rukun Negara terus terdiam!

Kisah perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta pemilik tanah kebun tersebut mendapatkan perintah mahkamah dan mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya.

"Tanah ada geran, kena berkeras bawa polis dan pihak majlis bandaraya.

"Mereka ni sebenarnya kaki tuntut, kaduk naik junjung. Lebih baik ada surat hitam putih walaupun untuk menumpang," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain