JANJI temu pertama atau first date biasanya menjadi peluang untuk mengenali hati budi seseorang sebelum hubungan dibawa ke tahap lebih serius.Namun, lain pula kisah seorang wanita apabila pertemuan pertamanya dengan seorang lelaki bertukar janggal selepas kenalan baharunya itu langsung tidak mengambil kira soal prinsip asas, terutamanya bab makanan halal dan haram. Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu menceritakan bagaimana lelaki berkenaan mengambil inisiatif menguruskan segala persiapan termasuk membuat tempahan meja di sebuah kafe.Pastikan memilih pasangan yang sekufu dan mengambil berat tentang pegangan agama masing-masing. -Gambar hiasan AI"Senang hati apabila dia dah buat tempahan sebab saya pun tak tahu nak ke mana masa tu. Tapi apabila sampai di kafe tu, saya perasan di dalamnya ada ramai kaum Cina yang tengah makan dan lepak."Jadi saya tanya la dia... you, sini kita boleh makan ke? Lepas tu dia cakap... entah la I pun tak pasti. Kita masuk je la dulu. Jadi kami berdua pun teruskan saja," ceritanya.Tidak lama kemudian, seorang kakitangan kafe menghampiri mereka dan memaklumkan bahawa premis berkenaan tidak menyediakan makanan halal.ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali ‘dating’ bayarkan makan, wanita menyesal berkenalan dengan ‘biawak’... Tambang e-hailing RM20 pun kena tanggungARTIKEL BERKAITAN: Keluar 'first date', wanita minta nak bayar makan! Pemuda kini faham maksudnya, dah terkena sekaliWanita itu mengakui berasa serba salah dan malu dengan situasi tersebut sebelum mereka berdua sepakat untuk melangkah keluar dari premis terbabit.Namun, apa yang lebih mengejutkannya adalah kenyataan lelaki berkenaan ketika mereka sudah berada di dalam kereta."Masuk dalam kereta, tahu tak dia cakap apa? You la ni keluar pakai tudung. Kalau tak, kita dah boleh masuk dan makan je dekat situ."Saya terkedu, lepas tu saya tanya... you makan je dekat kedai non halal? Dia jawab ya kerana selama ni dia makan je dan tak kisah pun kedai tu ada sijil halal atau tak," ujarnya lagi.Lelaki ajak wanita first date di kafe bukan halal.Staf kafe maklumkan premis berkenaan bukan halal.Lelaki salahkan wanita bertudung selepas mereka keluar dari kafe.Lelaki mengaku biasa makan di kedai tanpa mengira status halal.Kisah first date itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan sikap lelaki berkenaan kerana dilihat gagal daripada segi prinsip dan pegangan hidup."Allah nak selamatkan awak tu, fikir positif je."Awal-awal sudah nampak bebalnya. Tak layak walaupun untuk teruskan di peringkat berkenalan."Soal makanan halal dan haram pun tolak tepi? Benda berkaitan makanan akan jadi darah daging. Jangan buat main-main. Benda mudah macam ni la kena ambil tahu," komen sebahagian netizen.Sebagai peringatan bersama, hukum mencari yang halal adalah wajib bagi umat Islam.Menerusi penjelasan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dinyatakan bahawa sekiranya terdapat keraguan berkenaan status halal makanan di sesebuah restoran, maka perlu ditinggalkan.