suria

Dua kali ‘dating’ bayarkan makan, wanita menyesal berkenalan dengan ‘biawak’... Tambang e-hailing RM20 pun kena tanggung

Elakkan diri daripada dipergunakan individu baru dikenali. -Gambar hiasan AI

JANJI temu pertama sepatutnya meninggalkan memori indah buat pasangan yang baru ingin mengenali hati budi masing-masing.

Namun malangnya bagi wanita ini, ia menjadi permulaan kepada sebuah mimpi ngeri yang membuatkannya serik untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki.

Harapan bertemu dengan lelaki budiman yang ikhlas mahu membina hubungan terkubur, sebaliknya menjadi mangsa individu yang didakwa hanya mahu mengambil kesempatan.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu mendedahkan lelaki tersebut hanya mempergunakannya apabila dia terpaksa menanggung kos perbelanjaan setiap kali mereka keluar bersama.

Seorang wanita sepatutnya lebih menjaga harga diri. -Gambar hiasan AI

"Keluar bersama kali pertama makan dekat kedai pilihannya. Jumlah makan RM20 tapi akhirnya saya yang bayar. Seminggu selepas itu, dia ajak keluar buat kali kedua untuk berbuka puasa.

"Kalini saya yang pilih kedai dengan persetujuan dia. Jumlah lebih RM160. Dia kata nanti nak bayar makanan lepas gaji. Sekali lagi saya yang bayar dulu. Beberapa hari berlalu. Gaji dia sudah masuk.

"Dia call bercerita yang gaji hampir nak habis bayar hutang sana sini. Fasal duit makan dia, sepatah kata tak bercakap. Saya terus matikan panggilan tapi sampai hari ini dia diam," ujarnya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Insaf bercinta dengan lelaki ‘red flag’, wanita ini bongkar kisah di Cameron Highlands... RM200 melayang di kedai nasi lemak!

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak single sampai mati!” - Lelaki ‘sumpah’ wanita tak jumpa jodoh, marah permintaan nak bermanja masa ‘dating’ ditolak

Lebih mengecewakan, lelaki itu juga didakwa tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan sendiri, menyebabkan wanita tersebut perlu menaiki pengangkutan awam untuk berjumpa. 

Malah, lelaki berkenaan pernah meminta wang sebanyak RM40 untuk tambang pulang menggunakan perkhidmatan e-hailing serta membeli makanan.

"Sudah la tak ada lesen, tak ada kereta. Saya kena naik MRT untuk jumpa dia. Bukan itu je, dia pernah minta RM20 untuk balik rumah naik e-hailing dan RM20 untuk beli makanan. Saya tak tahu la dia ni lelaki spesis apa," ujarnya lagi.

  • Dua kali keluar janji temu, wanita terpaksa bayar dulu.
  • Lelaki janji bayar lepas gaji, tapi terus diam.
  • Nak jumpa pun wanita kena naik MRT.
  • Siap minta duit tambang balik guna e-hailing dan makan.
  • Netizen anggap lelaki itu red flag dan perlu ditinggalkan segera.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyifatkan wanita itu perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

"Sejenis biawak ni kalau diteruskan berkawan dengan dia, dia akan membesar dengan jayanya. Silakan block (sekat) dan lari.

"Kalau RM20 pun tak mampu, kenapa la awak nak pergi berjumpa dengan dia? Cari lelaki lain je. Tapi suruh dia bayar dulu apa dia makan dalam RM160 lebih tu.

"Sayangku, lepas ni kalau keluar pertama kali je dia dah red flag... itu sepatutnya jadi kali terakhir sudah tau. Tak payah nak labur dekat lelaki," komen beberapa netizen.

Artikel Lain