Seorang bapa tidak patut mengabaikan tanggungjawab terhadap anak walaupun sudah berpisah. -Gambar hiasan AI
PENCERAIAN di antara suami isteri bukan noktah kepada tanggungjawab seorang lelaki terhadap anak-anak.Namun terlalu banyak kisah mengenai sikap segelintir lelaki yang mengabaikan tanggungjawab malah culas membayar nafkah terhadap anak-anak sehingga bekas isteri terpaksa 'berperang' bagi mendapatkan hak mereka. Seperti kisah dikongsikan wanita ini, dia mendakwa bekas suaminya bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab tetapi meminggirkan anak-anak selepas bercerai dengannya.Apa lebih melukakan hati adalah apabila melihat bekas suaminya hidup dalam keadaan mewah malah perniagaan diusahakannya bertambah mahu sejak Ramadan tahun ini.Konflik dalam rumah tangga selalu menjadi punca penceraian berlaku. -Gambar hiasan AI"Sakit sangat bila tahu bekas suami hidup mewah. Bisnes semakin maju. Bulan puasa berniaga 10 tapak bazar Ramadan tapi langsung tak bagi nafkah anak."Tahu je dia selalu datang ke negeri saya untuk ambil anak tiri tapi tak ada datang singgah jumpa anak kami. Hubungi saya untuk tanya khabar anak pun tak ada."Anak kami sampai menangis suruh call papa mereka tapi tak berjawab langsung," luah wanita itu mengenangkan sikap bekas suaminya.Tambahnya lagi, dia bukan mengejar wang ringgit, sebaliknya lebih terkilan melihat anak-anak yang merindukan kasih sayang seorang bapa.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami tuntut hak jagaan 3 zuriat... Selepas selidik rupanya sudah cacat akibat kemalangan - “Saya yakin dia nak anak-anak mengasuh”ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami macam bercinta dengan anak umur 20 tahun! Sembang 18SX, rayu ucap sayang... Merajuk kalau sehari tak ‘call’"Kenapa orang yang zalim pada kita dan anak-anak tapi hidupnya nampak mewah dan bahagia saja."Saya tak kisah langsung fasal duit tu tapi saya sedih tengok anak-anak rindu kasih sayang bapa mereka," soalnya penuh kecewa.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.Bekas suami hidup mewah, tapi abaikan nafkah anak.Datang ambil anak tiri, tak jumpa anak sendiri.Anak menangis rindu papa, panggilan tak berjawab.Ibu sedih lihat anak terkesan emosi.Netizen beri sokongan dan kata-kata semangat.Ringkasan ini dijana oleh AI"Buat serabut je sis ambil tahu. Baik gembirakan diri dan anak-anak je. Bapa tak ingat tak apa biarkan nanti anak pun malas ambil tahu."Sedihnya, entah la. Kita dengar pun sakit hati. Ni kan pula awak yang hadap. Saya doakan saya dan keluarga dijauhkan daripada orang-orang begini dalam kalangan kami."Tabah ya sis. Selalulah berdoa supaya dipermudahkan urusan sis dan anak-anak. Bapa yang tak bertanggungjawab tu biar la dia menjawab di depan Allah nanti."Akan tiba masanya nanti dia akan menangis sambil mengemis kasih sayan anak-anak," komen beberapa netizen.