MENJADI lumrah dalam kalangan ahli keluarga untuk meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama pada bulan Ramadan.Kebiasaannya ia adalah satu pengalaman menggembirakan apabila adik-beradik dapat berkumpul, namun tidak bagi seorang wanita ini. Katanya pengalaman berbuka puasa bersama keluarga mentuanya bertukar menjadi situasi kurang menyenangkan.Ada suami bersifat kedekut terhadap isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan AI"Suami terkena semalam apabila adik-adiknya ajak berbuka puasa di luar. Masa dalam perjalanan saya tanya siapa yang belanja. Dia jawab masing-masing bayar sebab ramai."Saya kata... mana la tahu tiba-tiba dia kena belanja seperti selalu. Lepas makan, betul tekaan saya kerana masing-masing buat tak tahu. Suami juga yang bayar, jumlahnya hampir RM800," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tanggung 80 peratus belanja rumah, kena bayar suami duit minyak sebab hantar ke ofis... Hulur RM30 dicop kedekut!ARTIKEL BERKAITAN: 'Renew' lesen tak mahu, petrol subsidi mau! Suami campak MyKad isteri, maki 'kedekut' - "Sibuk nak hak aku"Menurut wanita itu lagi, tiada seorang pun daripada ahli keluarga suaminya tampil untuk menggantikan semula wang tersebut walaupun masing-masing mempunyai kerjaya dan perniagaan sendiri."Orang yang mengajak pun buat tidak faham, apatah lagi yang lain. Sedangkan adik-adiknya bukanlah susah, seorang jurutera dan seorang lagi pemilik kedai makan."Apabila sampai di rumah, saya tanya kenapa adik-adiknya buat begitu. Mereka sudah senang, takkan tak terfikir untuk balas jasa abang. Namun suami hanya jawab ringkas... tak apalah," katanya.Walaupun berasa geram, wanita tersebut cuba melihat perkara itu daripada sudut positif apabila menyedari sekurang-kurangnya mereka sekeluarga berpeluang berbuka puasa di luar bersama.Seorang wanita terkilan apabila suaminya terpaksa membayar hampir RM800 selepas adik-beradik mengajak berbuka puasa.Walaupun awalnya setuju bayar masing-masing, tiada siapa tampil berkongsi bayaran.Wanita itu menyifatkan sikap adik-beradik suaminya kurang peka terhadap tanggungjawab bersama.Namun dia tetap bersyukur kerana dapat berbuka puasa di luar bersama keluarga.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang memberi pandangan berbeza mengenai situasi tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Cuma, saya nak ucap terima kasih juga pada mereka, kalau tidak mungkin tak ada peluang saya dan anak-anak berbuka di luar."Suami saya sebenarnya jenis berjimat dengan kami. Kalau saya ajak makan luar, biasanya saya yang belanja atau paling kurang pun kongsi bayar,” jelasnya.Dalam perkongsian susulan, wanita itu turut menjelaskan bahawa dia bukanlah individu yang menolak konsep berkongsi bayaran ketika makan di luar.“Saya sebenarnya tak ada masalah pun bab kongsi 50-50. Malah kalau saya yang ajak makan, saya sendiri yang tawarkan untuk belanja. Kalau dia nak bayar separuh kemudian pun okay, kalau tak pun saya tak kisah sebab saya yang ajak,” katanya.Namun, apa yang membuatkannya terkilan ialah sikap segelintir individu yang dianggap kurang peka terhadap tanggungjawab bersama.“Tapi apabila adik-adik dia tak ada common sense, saya memang bengang. Itu saja ceritanya,” katanya.Ada yang sanggup mengikat perut demi mengembirakan orang lain. -Gambar hiasan AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa adik-beradik suaminya sengaja berbuat demikian bagi mengajar abang mereka yang kedekut."Plot twist, suami awak sebenarnya villain. Adik-beradik dia nak ajar jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak."Berkira dengan anak isteri memang akan selalu dipergunakan oleh adik-beradik. Bapa saya macam tu, dengan orang luar bukan main lagi."Kifarah tu. Berkira dengan anak isteri. Sekali Allah hantar adik-beradiknya untuk belanja makan luar," komen netizen.