Situasi menjadi lebih menggemparkan apabila sebuah struktur bangunan tanpa dinding yang terletak berhampiran tiba-tiba runtuh.
JERITAN ketakutan dan tangisan histeria murid-murid memenuhi ruang perhimpunan sebuah sekolah rendah selepas mereka berdepan detik mencemaskan ketika gempa bumi kuat melanda selatan Filipina pada pagi Isnin.Menerusi rakaman video yang kini tular, kesemua murid yang pada awalnya sedang berdiri dalam barisan perhimpunan mula menjerit ketakutan [Tonton video] apabila masing-masing sukar mengekalkan keseimbangan badan akibat hayunan gegaran berterusan. Dalam keadaan bumi yang sedang bergoncang itu, situasi bertukar hura-hara apabila sebahagian murid dilihat terpaksa berpaut erat pada rakan dan guru di sekeliling bagi mengelakkan daripada terjatuh.Situasi menjadi lebih menggemparkan apabila sebuah struktur bangunan tanpa dinding yang terletak berhampiran tiba-tiba runtuh menyembah bumi impak gegaran tersebut.Ia sekali gus menambah trauma kanak-kanak k yang menyaksikan kejadian.Ekoran itu, mereka dilihat melarikan diri dan bergerak ke kawasan lebih lapang.ARTIKEL BERKAITAN: Siren dibunyikan, tsunami dijangka landa 4 kawasan di SabahMeskipun suasana di sekeliling sekolah diselubungi panik yang amat sangat, barisan guru dilihat tetap kental dan segera bertindak mengawal keadaan serta menenangkan murid-murid yang sedang menangis ketakutan sepanjang kejadian.Menerusi hantaran Geól. Sergio Almazán di platform X, detik cemas yang sempat dirakamkan itu disahkan berlaku di Sekolah Rendah Mahayahay di Barangay Kilalag, Davao Occidental.Difahamkan ketika bencana itu berlaku, ratusan murid dan guru sedang menghadiri upacara menaikkan bendera sebelum sesi persekolahan bermula.Bagaimanapun, tanpa diduga, gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud telah menggegarkan kawasan berkenaan dengan begitu dahsyat sehingga menyebabkan permukaan tanah bergoyang hebat."Guru dan pihak sekolah segera melaksanakan protokol keselamatan untuk memastikan keselamatan semua individu."Kelas-kelas ditangguhkan susulan penilaian keselamatan sedang dijalankan," ujarnya menerusi hantaran pada Isnin.Terdahulu, gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 dengan kedalaman 50 kilometer (km) dikesan di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi.Menurut pihak berkuasa Filipina, hingga ini ia mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang, manakala lebih 100 lagi cedera.Gempa berkenaan berlaku di luar pesisir Pulau Mindanao, berhampiran General Santos, dan menyebabkan beberapa bangunan runtuh selain mencetuskan amaran tsunami di beberapa kawasan sekitar rantau itu.