KES pembunuhan seorang pensyarah sebuah universiti berjaya diselesaikan dalam tempoh tiga hari selepas polis menahan pasangan suami isteri dipercayai dalang di sebalik kejadian.Pasangan dari Bardhaman, Bengal Barat itu dilaporkan menempuh perjalanan hampir 1,400 kilometer untuk membunuh mangsa. Mangsa, Debosmita Paul yang merupakan tenaga pengajar dari Shivaji Colleage, ditemukan mati di apartmennya di Satyam Apartments, Delhi Timur, India, pada Rabu lalu.Menurut polis, suspek yang juga penyewa kediaman milik Debosmita datang ke Delhi dengan alasan mahu bertemu mangsa sebelum memasuki kediamannya.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka memakai pelitup muka, membawa beberapa beg serta anak mereka sebelum menaiki tangga ke tingkat enam.Mangsa yang tinggal bersendirian selepas berpisah dengan suaminya pada 2022 dipercayai dibunuh menggunakan senjata dibawa suspek.Debosmita dipercayai dibunuh oleh penyewa rumahnya sendiri.Selepas melakukan pembunuhan, pasangan itu dilihat menukar pakaian sebelum melarikan diri menaiki teksi yang menunggu di luar apartmen mangsa.Polis meneliti rakaman CCTV, menyiasat lebih 200 individu yang memasuki kompleks berkenaan serta menjalankan serbuan di beberapa negeri sebelum menahan kedua-dua suspek di Bardhaman.Siasatan mendapati pembunuhan itu ada kaitan dengan cubaan merampas harta diwarisi mangsa bernilai jutaan Rupee yang diwarisi wanita itu daripada datuknya.Mayat mangsa ditemukan ahli keluarganya pada Khamis selepas panggilan telefon tidak dijawab, manakala pintu apartmen dikunci dari luar.Bagaimanapun tiada unsur samun dikesan kerana wang tunai dan barang kemas milik mangsa maasih berada di dalam rumah.Polis berkata, pihaknya masih menyiasat motif sebenar pembunuhan kejam itu.Polis berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan urat pergelangan tangannya putus akibat serangan itu. -Agensi