SEORANG wanita bergelar ibu seharusnya menikmati hari-hari tua dengan penuh kasih sayang dan perhatian daripada anak-anak.Namun nasib malang menimpa seorang warga emas berusia 92 tahun apabila diabaikan oleh anak lelakinya sendiri sehingga membawa kepada kematiannya. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Bandar Ichikikushikino, Wilayah Kagoshima, Jepun, apabila mangsa, Tsugie Maehata, ditemukan meninggal dunia di atas katilnya pada 8 Mei lalu.Menurut polis, anak lelaki mangsa yang berusia 64 tahun, Masayuki Maehata, ditahan atas dakwaan mengabaikan ibunya yang memerlukan penjagaan rapi.Siasatan mendapati suspek dipercayai meninggalkan ibunya bersendirian antara awal April hingga awal Mei walaupun mengetahui wanita terbabit memerlukan bantuan dan pemantauan harian.Kes itu terbongkar selepas seorang saudara datang untuk memeriksa keadaan mangsa menemui warga emas berkenaan sudah tidak bernyawa.Selepas penemuan mayat mangsa, suspek dilaporkan menghilangkan diri sebelum muncul di sebuah pondok polis di Wilayah Tokushima pada 1 Jun lalu.Ketika menyerah diri, suspek dikatakan mengakui bahawa bahawa dia sudah letih menjaga ibunya.Susulan itu, polis kemudiannya membawa suspek ke Ichikikushikino untuk siasatan lanjut sebelum ditahan pada Khamis. -Agensi