suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat budak perempuan 7 tahun ditemukan di ladang getah... Dua remaja mengaku terlibat sebabkan kematian, cerita kejadian sebenar

Suspek yang berusia 17 tahun dibawa untuk lakonan semula jenayah di rumah mangsa dan ladang getah di daerah Sangkhla Buri, Kanchanaburi pada Sabtu. -Foto Bangkok Post

DUA remaja ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang getah, selepas dilaporkan hilang selama tiga hari.

Kedua-dua suspek yang merupakan saudara mangsa, masing-masing berusia 17 dan 13 tahun, dilaporkan mengaku terlibat dalam kejadian yang menyebabkan kematian kanak-kanak dikenali sebagai Nong Angoon itu.

Mangsa ditemukan meninggal dunia pada 1 Jun lalu di bawah rumpun buluh dalam kawasan ladang getah di Kampung Thi Khrong Moo 4, daerah Sangkhla Buri, Kanchanaburi, selepas tiga hari dilaporkan hilang dari rumah.

Menurut polis, suspek berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Pae merupakan bapa saudara mangsa, manakala seorang lagi suspek ialah kakak mangsa berusia 13 tahun.

Siasatan mendapati pada 30 Mei lalu, kedua-dua suspek berada di rumah bersama mangsa dan mereka bermain bersama-sama.

Ketika itu, mereka didakwa meletakkan karung baja di atas kepala mangsa sambil berpura-pura mencekiknya sebagai satu gurauan.

Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.

Kerana panik dan takut, kedua-dua suspek dipercayai menyembunyikan mayat mangsa di dalam sebuah almari pakaian sebelum membawanya menggunakan motosikal dan kereta sorong ke sebuah ladang getah.

Mayat mangsa kemudian dibuang di bawah rumpun buluh sebelum kedua-duanya pulang ke rumah dan berkelakuan seperti tiada apa-apa berlaku.

Pada Sabtu, polis membawa suspek berusia 17 tahun ke rumah mangsa dan lokasi mayat ditemukan bagi membantu proses lakonan semula kejadian.

Suspek berusia 13 tahun pula tidak dibawa menyertai proses itu kerana masih di bawah umur.

Kedua-dua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut. -Agensi

Artikel Lain