SEORANG wanita maut selepas dipercayai ditetak suami sendiri dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu di Sulawesi Barat, Indonesia.Dalam insiden berdarah itu, suspek turut menetak anak mereka sehingga mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan rapi di hospital. Jurucakap Polis Mamuju Tengah, Inspektor Edward Hamsah mengesahkan kejadian dan memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kronologi serta motif kejadian.Kata Edward, puluhan anggota polis dengan bantuan penduduk setempat telah dikerahkan bagi menjejaki suspek yang melarikan diri.Polis turut menafikan dakwaan mengaitkan tindakan suspek disebabkan gangguan jiwa akibat mempelajari ilmu hitam seperti yang tular dalam beberapa laporan.Edward berkata, pihak polis belum dapat membuat sebarang kesimpulan berhubung motif pembunuhan kerana suspek masih belum ditahan.Pihak Polis turut menerima bantuan unit khas serta anjing pengesan daripada Polis Sulawesi Barat dalam usaha mengesan suspek.Umat Islam diingatkan agar menjauhi segala bentuk amalan sihir dan ilmu hitam kerana ia dilarang dalam Islam.Ia bukan sahaja menjejaskan akidah tetapi membawa kemudaratan kepada diri, keluarga dan masyarakat. -Agensi