SENTIASA mementingkan pemilihan karakter dalam sesebuah tawaran kerja, pelakon Nabila Huda memberitahu dia kini lebih cenderung untuk menerima watak sampingan.Kata Nabila atau mesra disapa Abil, 42, pengalaman menjayakan pelbagai karakter utama sepanjang pembabitan dalam dunia seni membuatkan dia mahu mencuba sesuatu yang berbeza. “Saya tak kisah apa juga tawaran selagi ia ada kaitan dengan lakonan walaupun peranan kecil. Sekarang saya lebih suka karakter kecil.Abil bersyukur bakatnya terus mendapat perhatian. “Saya dah buat pelbagai watak utama dan kadang-kala watak sampingan ini banyak yang boleh kita cuba. Dengan pengalaman yang ada, saya rasa dah buat semua sebagai watak utama.“Sekarang saya lebih suka biarkan orang lain menyinar, tapi saya mahu berada dalam sesebuah karya itu,” katanya.Abil ditemui ketika sesi bacaan skrip teater terbaharu lakonannya berjudul Tragedi Malam Pesta pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda mohon masyarakat hormati anak seni, pelakon bukan kerjaya mudah hanya glamorARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda persoal status drama ‘Cela‘ masih disekat, sudah berhabis RM7,000 demi watakBercerita lanjut, bagi Abil, soal bayaran juga bukan kriteria utama dalam memilih tawaran kerja.Malah, dia juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi pementasan teater bebas sekalipun bayaran ditawarkan tidak lumayan.“Sejak awal masuk industri saya tak pernah fikir bayaran adalah perkara utama. Fokus utama saya adalah karakter. Duit tolak tepi. Fokus utama saya adalah karakterNABILA HUDAPELAKON“Saya sentiasa terbuka untuk berlakon dengan teater indie. Saya anggap ia sebagai nak lepaskan gian berada di atas pentas. Walau banyak mana pun duit yang dapat, saya akan tetap berbelanja,” ujarnya.Seperti kebiasaan, Abil juga tidak mengambil mudah untuk menghidupkan karakter apabila diberi tanggungjawab membawa watak Tiara dalam teater Tragedi Malam Pesta.Malah, dia sanggup mengeluarkan duit belanja sendiri untuk penampilan watak berkenaan.Abil bersama pelakon, pengarah dan penerbit teater Tragedi Malam Pesta. “Kali ini satu baju sahaja sebab babak berlaku hanya satu malam. Dari segi penampilan semestinya saya akan beli. Saya akan cuba sedaya upaya untuk reka khas baju watak itu,” kongsinya.Teater Tragedi Malam Pesta merupakan arahan Afiza Asram dan bakal dipentaskan selama tiga hari bermula 4 Disember bertempat di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya.Selain Abil, pelakon lain yang turut terlibat ialah Beto Kusyairi, Aloy Paradoks dan Firdaus Karim.