suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asfan Shah jatuh pentas, sambung menyanyi dalam keadaan sakit pinggang - “Kejadian itu lucu juga“

Asfan anggap kejadian jatuh pentas melucukan.

GARA-GARA tersilap langkah, penyanyi Asfan Shah berdepan detik cemas apabila dia terjatuh dari atas pentas ketika tampil membuat persembahan dalam sebuah acara pada malam Khamis di Klang, Selangor.

Kata Norasfan Shah Shah Rudin, 42, keterujaan bertemu peminat membuatkan dia terfikir untuk turun ke bawah pentas secara spontan.

Namun, dia tidak menyangka akan terjatuh kerana berpijak di tempat yang bukan sepatutnya.

Detik ketika Asfan tiba-tiba terjatuh dari atas pentas. 

"Saya ingatkan tempat saya pijak itu speaker yang memang kuat dan tahan. Rupa-rupanya lighting. Tak fasal-fasal terjatuh," katanya ketika dihubungi mStar.

Penyanyi ini juga memberitahu dia mengalami sakit pinggang susulan kejadian itu, namun masih belum mendapatkan rawatan di klinik.

Menerusi satu video yang dikongsi oleh pihak penganjur acara berkenaan, kelihatan Asfan masih tetap meneruskan nyanyian lagu Jangan Paksa Rindu nyanyian Ifan Seventeen.

ARTIKEL BERKAITAN: Asfan Shah sanggup tolak projek OST drama, mahu fokus lonjak nama kumpulan 

ARTIKEL BERKAITAN: Asfan Shah minta jangan kaitkan imej rambut merah jambu dengan penghijrahan dalami Islam

Demi tidak menghampakan peminat, dia bersama kumpulan Asfan Shah & Manusia tetap meneruskan persembahan dengan dua lagu selanjutnya.

"Memang sakit pinggang selepas jatuh itu. Cuma saya belum mendapatkan rawatan. Kalau serius, nanti saya akan segera mendapatkan rawatan.

"Penganjur pun dah bayar, jadi kena teruskan persembahan juga.

Kumpulan Asfan Shah & Manusia kini dalam rangka promosi konsert mereka. 

"Sebenarnya, kejadian itu menjadi satu momen lucu juga. Ahli kumpulan saya ada yang tergelak melihat situasi itu. Namun, mereka tetap bermain alat muzik dan meneruskan persembahan," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Asfan Shah & Manusia akan tampil membuat persembahan secara terbuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam Jumaat sempena mempromosikan konsert Malam Drama Manusia yang dijadualkan berlangsung pada Januari. 

Artikel Lain