MEMULAKAN kerjaya seni seawal usia 17 tahun tidak menghalang pelakon Nelissa Nizam daripada mencapai impiannya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal (Interpersonal Communication) di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor pada Khamis lalu.Nelissa atau nama sebenarnya Nelissa Edreena Nizam, 28, berkata, perjalanan untuk menggenggam segulung ijazah bukan mudah apabila dia perlu membahagikan masa antara komitmen penggambaran, tugasan akademik dan tanggungjawab terhadap keluarga. Menurutnya, jadual penggambaran yang tidak menentu menjadi cabaran terbesar sepanjang tempoh empat tahun setengah pengajiannya sehingga ada kalanya dia terpaksa menyiapkan tugasan universiti di lokasi penggambaran sementara menunggu giliran untuk berlakon.Nelissa bersama ibunya, Ayu Manaf.“Kalau dalam sehari ada beberapa babak, biasanya jadual penggambaran terbahagi kepada beberapa sesi. Jadi, apabila ada masa menunggu, saya akan keluarkan komputer riba dan siapkan tugasan.“Bila orang panggil untuk berlakon, saya pergi ke set. Selepas selesai, saya sambung semula kerja universiti. Begitulah cara saya mencari masa untuk belajar,” katanya.Mengakui bukan berasal daripada keluarga berada, Nelissa berkata, dia sentiasa berpegang kepada pesanan ibunya supaya berusaha mencari pendapatan sendiri sebelum menyambung pengajian agar tidak terlalu bergantung kepada orang lain.ARTIKEL BERKAITAN: Salah waktu minta bergambar, Nelissa Nizam dimarah pelakon seniorARTIKEL BERKAITAN: Nelissa Nizam bukan anak emas Ahmad Idham, sudah lakukan empat projek bersama“Ibu saya selalu pesan, kalau nak belajar, cari duit sendiri dahulu. Bila dah ada duit, barulah sambung belajar.“Sebab itu saya mula bekerja. Saya cari duit kerana memang dari awal lagi saya nak belajar,” kongsinya.Nelissa yang memulakan kerjaya menerusi pembabitan dalam iklan produk berkata, dia pada awalnya tidak pernah bercita-cita untuk bergelar pelakon.Bagaimanapun, pengalaman memperoleh pendapatan sendiri membuka matanya untuk berusaha mendapatkan kehidupan lebih baik selain membantu meringankan beban keluarga. Saya rasa seronok kerana boleh menanggung perbelanjaan sendiri dan membantu keluarga.NELISSA NIEZAMPELAKON“Saya bukan datang daripada keluarga yang senang. Ibu membesarkan kami sebagai ibu tunggal dan sejak kecil memang dia ajar kami untuk berdikari.“Bila mula bekerja dan dapat duit sendiri, saya rasa seronok kerana boleh menanggung perbelanjaan sendiri dan membantu keluarga,” ujarnya.Dalam pada itu, Nelissa berkata, kesibukan bekerja tidak pernah memadamkan keinginannya untuk memiliki segulung ijazah kerana percaya ilmu pengetahuan mampu membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran komunikasi.Nelissa berjaya lalui empat tahun yang penuh cabaran.Jelasnya, dia pernah berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain, namun pengalaman sepanjang pengajian serta sokongan individu di sekeliling banyak membantu membentuk dirinya menjadi lebih yakin.“Nasihat saya kepada generasi muda, terutama yang baru habis SPM atau sekolah, teruskan mencari ilmu dan belajar.“Universiti bukan sekadar tempat mendapatkan ijazah, tetapi juga tempat membentuk karakter serta cara kita berfikir dan berkomunikasi.“Sebagai pelakon pun, kami belajar setiap hari. Kami perlu memahami perasaan dan pengalaman orang lain, termasuk perkara yang kami sendiri tidak pernah lalui,” pesannya.