suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas merungut depan doktor, tak puas hati syarat kesihatan bakal jemaah haji makin ketat - “Malaysia ni macam-macam peraturan!”

Bakal jemaah haji perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu persediaan untuk ke Tanah Suci. -Gambar hiasan AI

UMUM mengetahui, kerajaan Arab Saudi menetapkan beberapa syarat kesihatan baharu bagi bakal jemaah haji bermula musim 1447H atau 2026 yang perlu dipatuhi bagi melayakkan mereka memperoleh visa haji.

Selain kemampuan kewangan, persediaan dari segi kesihatan serta kemampuan fizikal juga penting memandangkan ibadah haji memerlukan ketahanan lebih-lebih lagi ketika berdepan cuaca panas, pergerakan jauh dan kesesakan jutaan manusia di Tanah Suci.

Antara syarat ditetapkan termasuklah bakal jemaah perlu bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik tidak terkawal.

Bagaimanapun, segelintir bakal jemaah mempersoalkan pelaksanaan syarat berkenaan dan keperluan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum berangkat ke Tanah Suci, sebagaimana perkongsian seorang doktor ini. 

Doktor tersebut yang sering mengendalikan pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji bercerita mengenai pengalamannya ketika dikunjungi seorang warga emas. 

Bakal jemaah perlu mempunyai ketahanan yang tinggi lebih-lebih lagi ketika berdepan cuaca panas, pergerakan jauh dan kesesakan jutaan manusia di Tanah Suci. -Gambar hiasan AI

"Untuk kesekian tahun, saya menjalankan pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji. Tahun ini, ada satu komen pakcik yang buat saya terdiam. 

"Doktor, kalau saya dari Indonesia ke Thailand ke, tak payah pun medical check-up semua ni. Elok je orang tua bertongkat, sakit-sakit pun boleh pergi haji. Malaysia ni macam-macam peraturan!

"Saya senyum je. Dalam hati, iyalah pakcik, pakcik tukar kewarganegaraan je lah," kongsinya dalam hantaran di Threads. 

Menyedari bukan mudah bakal jemaah khususnya warga emas menerima syarat baharu berkenaan, namun jelas doktor tersebut, perkara itu sewajarnya dilihat dalam konteks lebih luas. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jemaah haji termenung tepi jalan, sesat 2 hari tak makan... Mutawif Malaysia ‘korban’ selipar, berkaki ayam bantu hantar balik hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati di Tanah Suci... Anda mungkin jadi mangsa scammer di 4 lokasi ini, ada yang ikut ke hotel

Jelasnya, syarat dikenakan bukan bertujuan menyusahkan bakal jemaah, sebaliknya ia merupakan langkah penting bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka sepanjang berada di Tanah Suci.

"Mungkin pakcik tak nampak apa yang kami nampak. Ramai tak tahu betapa besarnya tanggungjawab Tabung Haji menguruskan ribuan jemaah, terutama yang berusia dan mempunyai pelbagai penyakit kronik.

"Kalau berlaku kecemasan di Tanah Suci, bukan jemaah sahaja yang terkesan. Petugas perubatan, Tabung Haji dan keluarga juga turut menanggung kesannya.

"Kadang-kadang peraturan yang kita rasa menyusahkan itulah sebenarnya yang diwujudkan untuk melindungi kita," ujarnya lagi.

  • Seorang doktor wanita berkongsi rungutan warga emas yang persoal syarat pemeriksaan kesihatan bakal jemaah haji.
  • Ujarnya warga emas berkenaan menyifatkan syarat pemeriksaan kesihatan di Malaysia begitu ketat berbanding jemaah negara lain.
  • Doktor itu menjelaskan ia bukan bertujuan menyusahkan jemaah, sebaliknya demi keselamatan dan kebajikan mereka di Tanah Suci.
  • Ini kerana situasi jemaah turut memberi kesan kepada petugas perubatan, Tabung Haji dan ahli keluarga.
  • Warga maya bersetuju dengan penjelasan doktor dan berharap bakal jemaah menerima syarat berkenaan dengan hati terbuka.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan perkongsian doktor berkenaan yang menjelaskan rasional di sebalik pelaksaan syarat kesihatan baharu untuk bakal jemaah haji.

Dalam masa yang sama netizen berharap bakal jemaah dapat menerima syarat berkenaan dengan hati terbuka demi kebaikan diri sendiri dan pihak yang berkaitan.

"Kalaulah pakcik tahu sihat itu mahal.

"Saya syak pakcik tak hadir kursus asas haji yang Tabung Haji buat.

"Haji padat dengan manusia pakcik, satu dunia nak buat haji, jutaan manusia dekat satu tempat dalam masa yang sama," komen netizen.

Artikel Lain