SENIWATI Noor Kumalasari sanggup melepaskan tawaran lumayan bernilai ratusan ribu ringgit demi mempertahankan prinsipnya untuk terus berhijab.Noor, 70, mendedahkan tawaran membintangi sebuah drama bersiri itu ditolak selepas dia diminta menanggalkan hijab, sekali gus menjadi antara ujian terbesar pada awal fasa penghijrahannya. “Cabaran pada permulaan berhijab dahulu memang banyak. Saya pernah menerima satu tawaran besar bernilai lebih RM100,000 untuk sebuah siri televisyen, tetapi tolak disebabkan mereka meminta saya membuka tudung.Pelbagai dugaan dilalui Noor selepas berhijab. “Saya terus jawab minta maaf sebab saya tidak akan lakukannya untuk duit dan saya percaya rezeki datang daripada Allah,” katanya kepada mStar ketika ditemui di program tribute sempena Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25) di Finas, Hulu Klang, Ampang pada Khamis. Bercerita mengenai titik tolak perubahan dirinya, Noor berkata dia berhijrah adalah hasil daripada doa berterusannya.“Mungkin ini berkat doa sendiri. Dulu saya pun tidak sedar bahawa dalam hati ini sebenarnya ada keinginan untuk berhijrah dan memakai tudung.ARTIKEL BERKAITAN: "Anita Sarawak mahukan kehidupan seperti orang biasa" - Noorkumalasari ARTIKEL BERKAITAN: Forum ‘bedah siasat’ isu rupa atau bakat, Noorkumalasari setuju penonton nak tengok yang cantik... “Memiliki kedua-duanya adalah anugerah”“Masa balik daripada menunaikan haji dahulu pun belum bertutup sepenuhnya, masih nampak rambut lagi. “Tetapi saya sentiasa berdoa meminta agar dijadikan seorang isteri yang solehah, ingin menutup aurat dan merapatkan diri dengan Allah,” ujarnya.Dalam pada itu, Noor mendedahkan masih ramai pihak produksi yang datang memujuknya untuk kembali berlakon. Noor tidak terfikir untuk kembali aktif. Noor bagaimanapun menegaskan dia tidak lagi mempunyai keinginan untuk berlakon meskipun dalam tempoh yang singkat. “Sampai sekarang masih ramai lagi yang datang memujuk. Mereka kata watak kecil sahaja dan penggambaran cuma ambil masa dua atau tiga hari.“Tetapi kalau Allah sudah tutup pintu hati itu, memang sudah tiada lagi keinginan untuk kembali berlakon.“Tetapi saya masih mengikuti perkembangan drama TV dan menonton filem-filem lama di rumah,” tambahnya.Untuk info, Noor mula aktif dalam industri seni sebagai pelakon dan penyanyi bermula pada tahun 1960. Antara filem yang pernah dibintanginya ialah Menanti Hari Esok, Esok Untuk Siapa, Mira Edora, Bayangan Maut dan banyak lagi. Noor juga pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia melalui filem Menanti Hari Esok.