DALAM diam, pelakon dan penyanyi Wanns Ahmad rupanya berdepan dugaan berat apabila mendakwa dirinya terkena santau sehingga menyebabkan dia muntah darah dan mengalami lemah tubuh badan.Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad, 35, berkata gangguan itu bukan perkara baharu kerana sudah mengalaminya sejak beberapa tahun lalu namun semakin serius sepanjang tahun ini. "Sejak beberapa tahun lalu saya sudah mengalaminya tetapi tidaklah seteruk sekarang. Tahun ini saya benar-benar lemah.Wanns kongsi pengalaman terkena buatan orang."Perawat memaklumkan ini kali kelima saya terkena gangguan tersebut. Kejadian sekitar empat hingga lima bulan lalu ketika saya pulang ke kampung selama dua bulan dikatakan paling teruk."Keadaan saya terlalu lemah sehingga muntah darah. Badan saya lembik seperti kain buruk,” katanya kepada mStar.Tambahnya, gangguan itu turut menjejaskan kesihatan serta rutin hariannya sehingga dia mengambil keputusan untuk mengurangkan penggunaan media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: “Dapatlah RM10,000“ - Wanns Ahmad jual lensa kamera tampung hidup, tawaran makin ‘surut‘ARTIKEL BERKAITAN: Wanns Ahmad dedah ramai kenalan cuba ambil kesempatan, minta buat kerja percumaBerkongsi lanjut, Wanns mendakwa kesihatannya sering terganggu setiap kali berkongsi perkembangan kerjaya di media sosial untuk tatapan peminat."Seminggu kemudian, saya akan jatuh sakit dan badan terlalu lemah. Mujurlah ada kawan yang membawa saya mendapatkan rawatan."Selepas berubat, keadaan saya lega buat sementara waktu tetapi dua hingga tiga minggu kemudian gangguan itu berlaku lagi," ujarnya. Apa yang saya mahukan sekarang hanyalah kesembuhan.WANNS AHMADPELAKON/PENYANYIJelas Wanns, pengalaman tersebut turut memberi kesan terhadap perjalanan kerjayanya apabila beberapa projek yang sudah dipersetujui dibatalkan pada saat akhir.Bagaimanapun, dia enggan membuat sebarang spekulasi mengenai individu yang mungkin menjadi punca gangguan itu kerana tidak mahu menuduh sesiapa tanpa bukti.Malah, bagi mendapatkan perlindungan, dia memperbanyakkan selawat serta mengamalkan doa memohon perlindungan daripada Allah selain terus mendapatkan pemantauan perawat."Perawat ada memberikan sedikit petunjuk tapi saya tidak boleh terus mempercayainya bulat-bulat.Wanns tidak mahu buruk sangka dengan sesiapa."Perawat ada memberitahu kemungkinan terdapat beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan saya, tetapi saya tidak mahu mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang pasti. Apa yang saya mahukan sekarang hanyalah kesembuhan," jelasnya.Dalam pada itu, Wanns mengakui pengalaman berkenaan turut menjejaskan emosi dan keyakinan dirinya sehingga membuatkan dia takut untuk bergaul serta lebih selesa menghabiskan masa di rumah."Saya hilang semangat dan merasakan seolah-olah kehilangan diri sendiri. Saya takut untuk terlalu menonjol atau menjadi diri saya yang dahulu."Kadang-kadang takut untuk terlalu lantang dan banyak bercakap. Perkara itu sedikit sebanyak mengubah diri saya,” kongsinya.