suria

Wanns Ahmad dedah ramai kenalan cuba ambil kesempatan, minta buat kerja percuma

PENYANYI Wanns Ahmad mendedahkan terdapat kenalan yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya terutama berkaitan duit.

Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad, 35, berkata dia tidak kisah untuk membantu, namun berharap setiap pertolongan yang diberikan mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

"Saya pernah berdepan situasi ini. 

Kadang-kadang ramai minta tolong dekat saya secara tiba-tiba, tapi saya tengok juga dengan siapa saya nak beri pinjam duit. 

“Terdapat juga individu yang sudah lama diam, tiba-tiba nak minta tolong secara percuma. Saya tiada masalah, tapi lebih baik kita buat kolaborasi yang boleh beri manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi