suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyanyian tak semudah disangka, Adeep Nahar tekankan kepentingan kelas vokal

 PENYANYI Adeep Nahar tidak bersetuju dengan pandangan segelintir pemain industri yang menyifatkan kelas vokal sudah tidak lagi relevan atau diperlukan untuk memperbaiki mutu nyanyian.

Menurut Adeep atau Abdul Mutalib Nahar, 48, proses pembelajaran vokal adalah penting walaupun seseorang itu sudah dianggap mahir dalam bidang nyanyian.

"Ini salah sebab sampai sekarang masih belajar memperbaiki mutu nyanyian saya. Tidak kira sudah berapa lama dalam industri seni, masih banyak yang boleh dipelajari," katanya kepada mStar.

Tambah Adeep, ilmu nyanyian bukan sekadar teknik, tetapi tentang memahami perkara yang mungkin tidak diketahui oleh penyanyi itu sendiri.

"Sebab ada yang kita tak tahu, ada benda orang lain tahu. Kita kena terbuka untuk belajar. Kalau ada cakap yang tidak valid, terpulang pada mereka. Nyanyian ini tak mudah," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi