suria

“Babak ganas sepak terajang memang tak buat lagi” – Soffi Jikan fokus ‘live TikTok’, kesihatan belum pulih

PELAKON Soffi Jikan memaklumkan dia kini mengambil keputusan untuk tidak lagi melakonkan watak aksi selepas ini.

Soffi atau nama sebenarnya Mohammad Soffi Jikan, 56, berkata, dia perlu lebih berhati-hati terutama membabitkan pergerakan fizikal berat memandangkan keadaan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya.

“Terus terang memang saya tak boleh terima watak aksi. Nak lakonkan babak sepak terajang memang dah tak boleh.

“Saya kena jaga diri sebab tahap kesihatan saya bukan belum 100 peratus pulih,” katanya.

Menurut Soffi, masalah pada injap jantung yang dialaminya menyebabkan dia tidak boleh terlalu aktif kerana bimbang memberi tekanan kepada jantung dan kesihatannya.

Dalam pada itu, Soffi berkata fokusnya kini tidak lagi kepada bidang lakonan, sebaliknya lebih tertumpu kepada penerbitan filem.

“Saya sekarang lebih fokus kepada penerbitan filem. Buat masa ini saya lebih suka berkarya di belakang tabir kerana keadaan kesihatan saya kurang mengizinkan,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi