suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cik B puji Fazley lelaki sempurna, layan Vida seperti princess... “Pakaikan kasut macam Cinderella”

ANAK kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menyifatkan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sebagai lelaki sempurna yang sukar dicari kekurangannya.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, berkata dia cuba mencari kelemahan Fazley, namun gagal menemui sebarang perkara yang boleh membuatkan dirinya kurang senang dengan lelaki berkenaan.

Malah, dia turut tersentuh melihat cara Fazley melayan ibunya yang disifatkan seperti seorang puteri sehingga sanggup memakaikan kasut untuk Vida.

“Dida (panggilan Fazley) terlalu sempurna. Maksud saya, susah nak cari salah silapnya terutama apabila melihat cara dia menjaga dan melayan mama.

“Tapi, cara Dida jaga mama bukan seperti pasangan lain. Mama dilayan ibarat puteri, pakaikan kasut seperti Cinderella,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Cik B memberitahu dia hanya meletakkan beberapa syarat mudah sekiranya Fazley serius untuk membina hubungan bersama ibunya.

Menurutnya, perkara paling penting adalah Fazley perlu memastikan Vida sentiasa bahagia, menyediakan segala keperluannya serta membantu menguruskan perniagaan keluarga.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi