suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Space Dollah dah siap mengucap, trauma nak berenang di laut... Syed Saddiq jadi hero penyelamat

PERSONALITI media sosial Space Dollah trauma untuk melakukan aktiviti air selepas berdepan detik cemas yang hampir meragut nyawanya sebelum ini.

Lemas ketika berenang di laut, Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 37, bagaimanapun bersyukur kerana adiknya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjadi penyelamat ketika dia berdepan insiden berkenaan.

“Saya sempat mengucap sebab takut sangat ketika itu, bila saya jerit minta tolong tapi tiada respons malah kaki macam lemah dan ingat sudah sampai ajal. 

“Saya tidak akan berenang di lautan lagi sebab memang trauma sangat dan itu adalah kali terakhir jadi jangan buat main dengan lautan walaupun pandai berenang.

“Terkejut juga adik saya datang selamatkan daripada jauh saya tengok dia (Saddiq) berenang ke tengah lautan dan saya rasa dia memang layak dapat anugerah Ironman Malaysia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi