suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rahim dibuang usia 24 tahun, Anes Ayunie pasrah tak boleh beri zuriat lagi

USAHAWAN Anes Ayunie mengakui bukan mudah menerima hakikat terpaksa membuang rahim pada usia 24 tahun selepas mengalami komplikasi sewaktu melahirkan anak ketiganya.

Menurut Anes atau nama sebenarnya Anes Ayunie Osman, keputusan itu terpaksa dibuat selepas dia mengalami pendarahan serius yang tidak dapat dikawal, sekali gus bagi menyelamatkan nyawanya.

Walaupun sedih kerana tidak lagi berpeluang menimang cahaya mata, namun dia reda dengan ketentuan tersebut.

“Saya reda dan akur dengan apa yang berlaku. Ketika melahirkan anak ketiga, saya mengalami pendarahan yang banyak dan tidak berhenti, jadi doktor terpaksa membuang rahim saya.

“Memang sedih sebab saya masih muda, tetapi saya anggap ini sudah ketentuan selepas ini saya memang tidak boleh mengandung lagi, namun saya bersyukur suami sentiasa ada di sisi dan banyak memberi semangat,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Anes turut memaklumkan hubungannya dengan bekas abang iparnya, Iqbal Zulkefli, kini kembali pulih selepas kedua-dua mereka memilih untuk berdamai.

Jelasnya, mereka sudah lama menyelesaikan perselisihan yang berlaku, namun memilih untuk tidak menghebahkan perkara itu kepada umum.

“Sebenarnya hubungan kami sudah lama baik cuma tidak berkongsi di media sosial. Iqbal juga ada datang berjumpa dan meminta maaf sebelum berangkat ke Mekah," luahnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi