suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Baru dapat rasa layanan macam Syafiq Kyle”- Ayez Shaukat teruja bakal berlakon filem aksi Korea

SELEPAS mencipta nama dalam arena gusti antarabangsa, pelakon dan ahli gusti, Ayez Shaukat, bakal mengembangkan kerjaya lakonannya di Korea Selatan menerusi sebuah filem antarabangsa.

Ayez atau nama sebenarnya Ayez Shaukat Fonseka Mohd Farid, 36, berkata peluang itu hadir di luar jangkaannya apabila dia dipanggil menjalani ujibakat bagi sebuah filem di negara berkenaan.

Difahamkan watak ditawarkan memerlukan kemahiran lakonan serta kebolehan melakukan aksi pertarungan (screen fighting).

"Saya dipanggil untuk menjalani ujian skrin bagi sebuah filem besar di Korea, watak tu memerlukan kebolehan lakonan yang baik, termasuk kemahiran screen fighting. Untuk ujian skrin sahaja, saya sudah diterbangkan ke Korea, penginapan hotel dan segala keperluan juga ditanggung.

"Saya dijaga seperti seorang pelakon bertaraf A, barulah saya tahu bagaimana layanan baik yang diberikan kepada pelakon seperti Syafiq Kyle tu macam mana di Malaysia, makan minum semuanya dijaga. Mereka juga membawa saya ke set penggambaran, menyediakan kostum dan solekan sebelum saya menjalani ujian skrin bersama pengarah aksi, pasukan lagak ngeri serta pelakon-pelakon filem tersebut,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ayez berkata pengalaman berada di Korea turut membuka matanya mengenai persepsi sinis segelintir masyarakat di Korea terhadap rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia tidak dipandang tinggi di Korea, malangnya ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan kehadiran kita, ada beberapa kawasan yang saya kunjungi pun, dapat merasakan pandangan serong daripada sesetengah orang,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi