suria

Lagu AI tular, rezeki Azlan The Proton Type terima banyak undangan motivasi… Bakal muncul karya kedua

PERSONALITI media sosial Azlan The Proton Type, tidak menyangka perkongsian sekadar suka-suka kini menjadi perhatian ramai apabila lagu berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) ciptaannya tular di pelbagai platform media sosial.

Walaupun menerima pelbagai reaksi termasuk kritikan daripada netizen yang mempersoalkan penggunaan AI dalam penghasilan lagu, Azlan menganggap perkara itu sebagai lumrah dalam dunia kreatif digital masa kini.

Dalam hal ini, Azlan berpendapat teknologi tersebut hanyalah sekadar alat untuk membantu menghasilkan karya, bukan bergantung sepenuhnya kepada sistem semata-mata.

“Alhamdulillah tak sangka juga lagu tersebut boleh ‘pergi’ dan jadi satu trend. Step yang saya buat pun random sahaja sebenarnya.

“Ramai komen kata cuma lagu AI sahaja, saya mengaku itu lagu AI tapi kalau tidak tangan kita yang menggerakkan untuk buat ia takkan terhasil sebab AI hanyalah tools sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azlan turut mendedahkan dia kini sedang dalam proses menyiapkan lagu baharu, namun pelancarannya mungkin sedikit lewat berikutan kekangan masa dan komitmen kerja lain.

“Ada dalam proses, sepatutnya dalam masa terdekat boleh siap tapi sebab sekarang saya agak sibuk mungkin bulan depan baru akan keluar,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi