suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amerul Affendi tegas hak pelakon, tak mulakan kerja selagi kontrak tidak jelas

PELAKON Amerul Affendi sentiasa memastikan segala urusan berkaitan kontrak lakonan diselesaikan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang tawaran kerja.

Menurut Amerul atau Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 40, perkara itu penting bagi memastikan hak dan kepentingan pelakon serta kru terjamin sekiranya berlaku sebarang masalah sepanjang proses produksi.

“Apa-apa pun, saya akan pastikan kontrak saya okey sebelum mula bekerja.

“Kertas hitam putih itulah perkara paling penting kerana kalau berlaku sesuatu, kita boleh patah balik kepada perjanjian yang sudah dibuat.

“Kalau ada sesiapa yang melanggar perjanjian, perkara itu boleh dibawa ke peringkat seterusnya. Sebab itu penting untuk pelakon atau krew pastikan kontrak betul-betul jelas,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Amerul mengakui dia sememangnya tegas dalam soal bayaran dan tidak mengambil mudah perkara tersebut.

Katanya, sikap itu turut didorong oleh pesanan yang diterima daripada beberapa artis senior dalam industri seni.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi