PENGARAH dan pelakon Aziz M. Osman memberi bayangan untuk mengundurkan diri daripada dunia penghasilan filem selepas melihat perubahan terhadap tabiat penonton ketika ini.Aziz atau nama sebenarnya Abdul Aziz Othman, 64, berkata kebanyakan penonton yang sebelum ini mengikuti karya-karyanya kini lebih gemar menonton filem dari rumah menerusi platform penstriman seperti Netflix. "Saya sudah tak nak ke depan lagi dah. Bagi saya penonton sudah tiada. Penonton saya duduk rumah tengok Netflix.6 Jilake merupakan filem terakhir Aziz yang ditayangkan di pawagam."Jadi saya anggap penonton saya di pawagam sudah tiada, mereka kini duduk rumah," katanya.Menurut Aziz, keputusan itu bukan disebabkan dia tidak lagi berminat menghasilkan filem, sebaliknya tidak mahu membebankan penerbit dengan kos produksi yang tinggi."Bukan saya tak nak buat, tetapi saya kesian penerbit. Saya tahu nak buat filem sekarang ini tak boleh dengan bajet RM100,000 atau RM200,000."Kalau filem yang rapi, paling sedikit belanja RM2 juta. Kalau ditayangkan di pawagam, macam mana sekali pun kena dapat pulangan lebih RM4 juta.ARTIKEL BERKAITAN: Aziz M. Osman puji ‘Tarung: Unforgiven’... “Aku dah boleh bersara dengan selesa”ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Aziz M Osman bimbang Ara masuk universiti usia 15 tahun"Kalau saya sudah tahu filem itu tak sampai RM4 juta, tak ke saya aniaya penerbit?" ujarnya.Berkongsi perancangan sekiranya bersara, Aziz memberitahu dia akan memberi tumpuan kepada penulisan skrip selain membantu pengarah baharu menghasilkan karya."Saya menulis skrip, saya berlakon, mungkin saya jadi penerbit juga tetapi mungkin untuk pengarah baharu," kongsinya. Saya sangat gembira apabila filem saya akhirnya ditonton secara beramai-ramai.AZIZ M. OSMANPENGARAH/PELAKONBagaimanapun, Aziz tidak menolak kemungkinan untuk kembali mengarahkan filem sekiranya terdapat peluang menghasilkan karya khusus untuk platform penstriman."Bagi saya yang penting pengakhirannya. Saya sangat gembira apabila filem saya akhirnya ditonton secara beramai-ramai. Itu yang penting bagi saya sebagai pengkarya dan pengarah. "Kalau dari segi perniagaan tidak baik, jadi maksudnya harapan pada masa akan datang itu ada. Mungkin OTT (platform penstriman) buat dan menjemput orang macam saya untuk hasilkan bahan penstriman.6 Jilake terima sambutan hangat di Netflix."Di Barat pun sama juga, mereka sudah beralih arah. Sudah tidak buat filem untuk pawagam tetapi menghasilkan karya untuk OTT," jelasnya.Sekadar info, Aziz M. Osman mula menceburi bidang pengarahan sekitar tahun 1990-an dan terkenal menerusi beberapa filem popular seperti Femina (1994), Puteri Impian (1997), Lagi-Lagi Senario (2001), Leftenan Adnan (2000) dan Senario XX (2005).Malah, filem terbaharunya, 6 Jilake yang diterbitkan pada 2025, kini mula mendapat sambutan selepas ditayangkan menerusi platform penstriman Netflix.