suria

Aziz M. Osman puji ‘Tarung: Unforgiven’... “Aku dah boleh bersara dengan selesa”

Aziz (kiri) memuji filem Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid.

PENGARAH dan pelakon, Aziz M. Osman menyifatkan filem aksi Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid sebagai sebuah karya berkualiti tinggi dengan hasil produksi cemerlang.

Aziz atau Abdul Aziz Othman, 64, berkata pencapaian itu membuatkannya lebih yakin terhadap tahap kemajuan industri filem tempatan, malah secara berseloroh menyatakan dirinya sudah boleh bersara dengan tenang.

Bukan sekadar filem komersial untuk pasaran semasa, Aziz turut memuji pembikinan Tarung yang dilihat menampilkan disiplin sinematik tinggi daripada pelbagai aspek.

"Ya Tarung bukan sekadar filem komoditi untuk dijual kepada massa. Ini filem yang sangat serius. 

Perkongsian Aziz yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Perkongsian Aziz yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Sinematografinya tinggi. Pelakonnya, reka bentuk produksinya semuanya bertaraf tinggi. 

"Eli (panggilan Razaisyam), aku boleh bersara dengan selesa," katanya.

Aziz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Aziz memberitahu pada mulanya dia tidak tertarik untuk menonton filem berkenaan kerana merasakan tema pertarungan sudah terlalu kerap diulang sejak dahulu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aziz M. Osman bersara mengarah, terima kenyataan zaman dah berakhir... Cuba nasib jadi pelawak pula

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf terharu sahabat baik belanja lima hall pawagam... 1,000 tiket percuma filem ‘Tarung: Unforgiven’ habis!

"Tarung yang bertaring. Semalam (Rabu), Beto tanya saya abang dah tengok filem Tarung? 

"Saya jawab belum. Bukan tak nak tengok sebab cerita orang jantan masuk gelanggang (aksi lawan) dah banyak kali saya tonton sejak zaman Van Damme Bloodsports. 

"Dilema filem gero tutup buku, hero kena cabar, hero bangkit. Jadi tarikan untuk saya menonton sekarang agak lembab," ujarnya. 

Tarung: Unforgiven berjaya meraih kutipan RM10.5 juta setakat ini.

Menggagahkan diri menonton filem itu di pawagam, Aziz bagaimanapun memberitahu persepsi itu berubah selepas dia menyelami perjalanan cerita berkenaan.

Bukan sekadar dibarisi pelakon hebat, malah Aziz memuji kebijaksanaan pengarah dalam memanipulasi struktur naratif yang sering ditonjolkan dalam genre aksi.

"Hasil penilaian saya, kekuatan Tarung adalah kecerdikan Eli (panggilan Razaisyam) memanipulasi template cerita yang sudah lumrah (kebiasaan). 

"Pada babak pertama, bila hero memarahi kakaknya, 'Kau selalu ingat aku perlukan kau!'... perasaan saya terus tersentuh. 

Aziz lega melihat pelapis filem tempatan yang berbakat besar.

Aziz lega melihat pelapis filem tempatan yang berbakat besar.

"Saya jadi marah dengan hero yang tidak menghargai pengorbanan kakaknya. Tanpa sedar saya sudah hanyut dengan konflik peribadi mereka. Selepas menonton dalam hati saya kata Eli berjaya tipu aku," katanya.

Untuk rekod, Tarung: Unforgiven merupakan filem terbitan Alpha47 milik pelakon Aedy Ashraf yang turut membintangi filem tersebut.

Filem itu turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel.

Tarung: Unforgiven mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 7 Mei lalu, dan selepas seminggu tayangan dilaporkan meraih kutipan sebanyak RM10.5 juta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain