suria

Aedy Ashraf terharu sahabat baik belanja lima hall pawagam... 1,000 tiket percuma filem ‘Tarung: Unforgiven’ habis!

Aedy (kanan) terharu dengan sokongan yang diterima daripada Mickey.

DEMI memberikan sokongan kepada teman baiknya iaitu pelakon Aedy Ashraf, personaliti media sosial Mickey Ayo bermurah hati menempah lima dewan pawagam dan belanja 1,000 tiket percuma menonton filem Tarung: Unforgiven kepada peminat.

Mickey yang juga merupakan seorang perunding kewangan meluahkan rasa bangga melihat perjalanan karier Aedy yang kini berjaya menggalas tanggungjawab sebagai penerbit filem.

Kata Mickey, dia tidak menyangka sambutan terhadap filem tersebut begitu luar biasa apabila kesemua 1,000 tiket percuma habis ditebus dalam tempoh singkat.

"Lima hall untuk 1,000 tiket percuma. Semuanya untuk kau bro (Aedy). 

Perkongsian Mickey di Threads menarik perhatian ramai.

"Gilalah penangan filem Tarung ni, 1,000 tiket habis macam itu saja. Pakai cantik-cantik dan handsome ya. 

"Saya paling teruja nak jumpa Bront Palarae (pelakon)," katanya. 

Dalam pada itu, Mickey turut berkongsi detik awal perkenalannya dengan Aedy sekitar 11 tahun lalu ketika dia bekerja sambilan sebagai runner produksi.

Dari situ, hubungan mereka semakin rapat dan kekal akrab sehingga hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tarung’ buat Aedy Ashraf rasa nak menangis setiap hari, tak peduli kata-kata sinis perlekeh kemampuan

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry menangis Aedy Ashraf selit RM50 bawah dompet, kenang jasa baik sahabat

"11 tahun lepas aku kenal mamat (Aedy) ni. Waktu itu aku buat part time jadi runner production kena ambil hantar artis. 

"Disebabkan shooting dekat dengan rumah aku jadi sepanjang shooting dia (Aedy) tidur rumah aku saja. 

"Pejam celik harini kau (Aedy) dah jadi pengarah dan penerbit filem. Aku bangga dengan kau," ujarnya. 

Sementara itu, di ruangan komen, Aedy turut meluahkan rasa terharu dan berjanji akan membawa seluruh barisan pelakon filem Tarung: Unforgiven hadir memeriahkan tayangan tersebut.

Tarung: Unforgiven sudah mula ditayangkan di pawagam sejak 3 Mei lalu.

Tarung: Unforgiven sudah mula ditayangkan di pawagam sejak 3 Mei lalu. 

"Aku bawa pelakon Tarung datang untuk kau (Mickey), aku janji!" tulisnya. 

Untuk info, Tarung: Unforgiven merupakan filem pertama diterbitkan oleh Aedy melalui syarikat produksinya, ALPHA47. 

Selain Aedy, filem ini turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan ramai lagi. 

Filem Tarung: Unforgiven kini sedang ditayangkan di 148 pawagam di seluruh negara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain