suria

Berkat berbaik, Roslan Shah dan Ifa Raziah kembali bergandingan di Singapura... Nasihat rakan artis jangan bergaduh

Roslan (kiri) dan Ifa dalam perancangan untuk merakamkan lagu duet bersama.

PENGACARA dan penyanyi, Roslan Shah memaklumkan bakal muncul bersama rakan artis Ifa Raziah buat pertama kalinya di program televisyen (TV) Singapura, sekali gus menandakan kemunculan semula gandingan mereka selepas sekian lama.

Program yang akan bersiaran secara langsung pada Jumaat itu menjadi detik bermakna, lebih-lebih lagi kerana Ifa sudah lama tidak tampil dalam program televisyen di Singapura.

Kata Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan, 55, hubungan baik yang kembali terjalin antara mereka menjadi antara faktor yang membawa rezeki baharu dalam kerjaya seni masing-masing.

Roslan (kanan) teruja bergandingan bersama Ifa di program TV Singapura.

"Dah 15 tahun Ifa tak muncul di program televisyen Singapura.Tahun ini Ifa diundang buat persembahan. Ini kali pertama sejak kami berbaik. Kami banyak buat show sama-sama, kongsi rezeki. 

"Saya rasa inilah berkat kami berbaik. Saya banyak tolong Ifa buat show di sini, berniaga di ekspo.

"Saya dengan Ifa pun dah lebih 35 tahun kenal, ini kali pertama saya dan Ifa buat persembahan bersama di televisyen," katanya ketika dihubungi mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: 7 tahun bermusuh, Ifa Raziah dan Roslan Shah akhirnya berdamai

ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah menyesal pernah buka aib Ifa Raziah, tiba masa mohon maaf... Nak mati dengan tenang

Dalam pada itu, Roslan turut memaklumkan mereka sering bekerjasama dan merancang untuk merakamkan lagu duet dalam masa terdekat.

"Dah setahun kami berbaik, lupakan sengketa tapi Alhamdulillah kami masih berkongsi rezeki. 

"Insya-Allah tahun ini kami juga akan merakamkan lagu duet bersama," ujarnya. 

Sementara itu, Roslan turut menitipkan pesanan kepada rakan-rakan artis agar tidak berpanjangan dalam perselisihan faham memandangkan penggiat industri hiburan saling bergantung antara satu sama lain.

"Saya ingin beri motivasi kepada artis-artis di luar sana yang mungkin sedang bermasam muka (bergaduh). Bila kita baik dan memaafkan antara satu sama lain, Allah beri rezeki mencurah-curah.

Ifa bakal kembali menghiburkan peminat di Singapura.

"Kita sebagai artis tak perlulah bergaduh. Kita kena berbaik. Tak perlulah nak bermusuhan sebab industri hiburan ni tak besar mana pun," katanya. 

Pada Disember 2024, Roslan dan Ifa akhirnya sepakat menamatkan sengketa dan kembali bersahabat.

Kedua-dua mereka saling bermaafan selepas tujuh tahun bersengketa kerana dakwaan ugutan bunuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain