PELAKON Eira Syazira tampil mempertahankan anaknya, Amarra Sofea Rose yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), selepas menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.Eira atau Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi, 42, berkata dia berharap masyarakat dapat memberi ruang kepada anaknya untuk bersaing secara sihat tanpa tekanan melampau, apatah lagi Amarra masih di usia awal remaja. "Biarkan dia terbang, belajar dan membesar menjadi versi terbaik dirinya. Kritik boleh, tapi janganlah sampai hilang rasa kemanusiaan.Antara kecaman yang diterima di media sosial."Kadang kita ni lupa untuk memanusiakan manusia. Terlalu sibuk menghakimi, menyindir dan mencari salah orang lain, hingga lupa diri sendiri juga manusia, penuh kekurangan dan tidak sempurna," katanya. Eira berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Eira kata-kata buruk yang dilemparkan boleh memberi kesan kepada anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Eira Syazira enggan layan fitnah terhadap Amarra, nafi anak jadi pembuli di sekolah… “Saya dan suami abaikan sahaja”ARTIKEL BERKAITAN: Gelas pecah sampai luka tangan Eira Syazira, rupanya petanda sebelum kontroversi Azad Jazmin"13 tahun, usia di mana seorang anak sedang belajar mengenal dunia, belajar jadi berani dan mengejar impian."Jangan patahkan sayapnya hanya kerana emosi kebencian. Cara sesetengah orang menghukum dan membenci anak 13 tahun ini seolah-olah dia telah melakukan kesalahan atau jenayah yang besar."Sedangkan dia cuma seorang anak kecil yang sedang cuba mencari keberanian, pengalaman dan ruang untuk berkembang," ujarnya. Dalam perkongsian itu juga, Eira turut berkongsi komen-komen netizen yang berbentuk kecaman yang dilemparkan kepada Amarra termasuk dakwaan mengenai prestasi dan kelayakannya sebagai peserta."Kuat betul kabel Pak Azad (suami Eira) ya, dahlah lupa lirik, suara tak ada, tak pula jadi peserta tercorot. Amarra (kiri) merupakan peserta TTMM musim kedua."Maaf cakap Amarra sepatutnya... (tersingkir), dah tiga minggu tak nampak peningkatan. Suara? Out!," tulis netizen. Untuk info, Amarra merupakan peserta TTMM2 yang digandingkan bersama bapanya, penyampai radio Azad Jazmin sebagai pengurus.Selain Amarra, Eira dan Azad turut dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan iaitu Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!