PELAKON Hafreez Adam membuka cerita mengenai sisi peribadi aktres Azar Azmi yang menurutnya bukan sahaja disenangi ramai, malah seorang yang cukup baik hati. Kongsi Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 36, dia masih mengingati jasa Azar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu apabila aktres itu membantu mendapatkan panggilan kecemasan untuk adiknya yang dijangkiti Covid-19. "Kalau ingat masa PKP, dia aktif turun padang untuk tolong orang. Masa PKP dulu adik saya dan kawannya kena Covid-19 agak teruk. Hafreez berkongsi kebaikan Azar di Threads miliknya."Adik tak serumah dengan keluarga, kami cuba dapatkan ambulans untuk bawa ke hospital. "Tak dapat ambulans sebab masa PKP tu memang susah nak dapat. Azar yang dapatkan ambulans. Dia seperti menyelamatkan adik dan kawan adik saya," katanya. Hafreez berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Simpan kisah peribadi, Hafreez Adam hanya ‘update’ urusan kerjaARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam tak trauma putus cinta, mahu fokus masa bersama keluargaDalam pada itu, Hafreez turut menyifatkan Azar sebagai seorang individu yang ceria dan mudah bekerjasama di set penggambaran."Dia ni baik, kelakar dan periang. Kerja dengan dia selalunya gelak saja," ujarnya. Sebelum itu, Hafreez memuat naik sebuah hantaran mengajak netizen berkongsi nama selebriti yang mereka ingin tahu lebih lanjut, susulan kontroversi terhadap artis yang dikatakan sombong. "Asyik dengar orang cakap fasal artis sombong sahaja. Mari cuba tanya sini, bagi nama artis mana anda nak tahu, saya cerita fasal dia secara ringkas," tulisnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!