suria

Rumah tangga hampir musnah, Tom dan Fuad Rahman beri peluang kedua

Tom (kanan) dan Fuad pilih jalan damai selamatkan rumah tangga mereka.

PERNAH berdepan kemelut rumah tangga, penyanyi Tom memilih untuk memberi peluang kedua dalam hubungan rumah tangga bersama suaminya, Fuad Rahman. 

Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 41, berkata keputusan untuk memperbaiki hubungan mereka bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia percaya setiap ujian hadir dengan hikmah tersendiri.

"Tak mengapa kita cuba lagi mana tahu kali ini akan okay sampai akhir hayat. 

Selepas enam bulan,  Tom dan Fuad cuba memperbaiki hubungan mereka.

"Peluang kedua bukan tentang melupakan apa yang sudah berlaku tetapi bagaimana kita mengambil pelajaran atas semuanya. 

"Kita cuba lagi Fuad," katanya. 

Tom berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Rabu. 

Dalam pada itu, Tom mengakui fasa tiga tahun pertama perkahwinan sememangnya bukan sesuatu yang mudah, sebagaimana sering diperkatakan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Status FB Tom cetus tanda tanya, tak malu mengaku curang, dedah bakal berpisah dengan Fuad Rahman

ARTIKEL BERKAITAN: Tom nafi curang, akui terlalu ikut emosi di media sosial… Kini dalam proses baiki hubungan

Dedah Tom, enam bulan kebelakangan ini menjadi tempoh paling mencabar apabila mereka diuji dengan pelbagai dugaan hingga rumah tangga yang dibina hampir menemui titik noktah.

"Tiga tahun pertama perkahwinan orang cakap memang banyak benda akan berlaku. 

"Enam bulan kita hadap keadaan rumah tangga yang hampir musnah. Hujung-hujung dah tunggu masa saja. 

"Tapi Allah yang tentukan semua," ujarnya. 

Sebelum ini, kisah rumah tangga Tom dan Fuad menjadi bualan selepas dia memuat naik status mahu berpisah dan mengakui dirinya berlaku curang. 

Sebelum ini kisah rumah tangga Tom (kiri) dan Fuad mendapat perhatian ramai.

Sementara itu, Fuad dalam satu hantaran berbeza meluahkan rasa kesal terhadap isterinya yang meluahkan masalah rumah tangga mereka kepada umum. 

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain