PENYANYI Tom tidak menafikan berlaku masalah dalam rumah tangga dengan suaminya, Fuad Rahman sebelum ini sehingga dia memuat naik status seolah-olah mahu berpisah.Namun, kata Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, hubungan mereka kini kembali pulih dan dalam proses memperbaiki segala isu yang berlaku. “Kami tidak berpisah pun. Sekarang dalam proses untuk perbaiki semula masalah.Tom tidak menafikan berlaku masalah dalam rumah tangga. “Sebelum ini memang gaduh, saya tak nafikan perkara itu. Saya post sebab kami tak pernah gaduh seteruk ini,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.Penyanyi itu sebelum ini memuat naik video mesra berpelukan bersama Fuad selepas mereka kembali bertemu di Kuala Lumpur pada Ahad.Tom yang kini menetap di Kuantan, Pahang sanggup memandu ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan suaminya agar masalah antara mereka tidak berlarutan.ARTIKEL BERKAITAN: Status FB Tom cetus tanda tanya, tak malu mengaku curang, dedah bakal berpisah dengan Fuad Rahman ARTIKEL BERKAITAN: Fuad Rahman kecewa Tom buka cerita dalam kain di media sosial, tak fikir fasal status dan anak… “Nak kawan dengan siapa atau surf tak pakai baju pergilah”“Fuad pun tak tahu saya nak datang. Kebetulan dia ada di Kuala Lumpur dan saya terus datang berjumpa dengannya. Kalau lagi lama, rasanya lagi teruk. Hati juga sentiasa sayang, jadi saya datang berjumpa dengan Fuad.“Sepanjang gaduh pun, Fuad tak berhenti pujuk saya. Kalau boleh kami pun tak mahu sesuatu yang lebih teruk terjadi dalam rumah tangga ini.“Mungkin disebabkan kami sekarang tinggal berjauhan, jadi hati mudah tersentuh,” ujarnya. Begitulah kami, hari ini berbaik, esok mungkin gaduh semulaTOM PENYANYI Tom dalam masa sama mengakui perkongsiannya di media sosial sebelum ini dibuat kerana terlalu mengikut emosi tanpa menyedari ramai yang memerhati dirinya sebagai seorang selebriti.Malah, dia juga menafikan dakwaan berlaku curang dan menjelaskan salah faham itu adalah perkara biasa dalam rumah tangga.“Sebenarnya isu curang itu tiada pun. Cuma saya terlalu ikut emosi sampai tak fikir bila post di media sosial. Saya kongsikan perkara itu untuk puaskan hati sendiri sahaja.Tom dan Fuad bersama anak mereka. “Begitulah kami, hari ini berbaik, esok mungkin gaduh semula. Dialah teman baik saya dan dia juga musuh.“Apa yang saya kongsikan itu hanya untuk raih perhatian kami berdua sahaja, tak sangka akan jadi isu besar,” jelasnya.Sebelum ini kisah perkahwinan Tom dan Fuad menjadi bualan selepas dia memuat naik status mahu berpisah dan mengakui dirinya berlaku curang. Status Tom yang menimbulkan tanda tanya ramai. Sementara itu, Fuad pula dalam satu hantaran berbeza meluahkan rasa kesal terhadap isterinya yang meluahkan kisah rumah tangga mereka di kepada umum. Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggin Lovellia yang kini berusia dua tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube