PENDAKWAH bebas, PU Syed tampil memberi reaksi susulan pengumuman pelantikan Muhd Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Haris sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR).PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, dia menyambut baik keputusan PU Riz yang memilih untuk bersama PKR dan menyifatkan perkara itu sebagai hak individu dalam sebuah negara demokrasi. “PU Riz masuk PKR, PU Syed masih ahli PAS.PU Syed mendoakan agar PU Riz dapat menyampaikan dakwah yang terbaik dalam PKR. “Inikan negara demokrasi. Masing-masing ada hak untuk masuk mana-mana parti di Malaysia.“Ambe doakan adinda PU Riz dapat menyampaikan dakwah yang terbaik dalam PKR. Jangan lupakan ambe deh,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: “Sanggup tanggung dosa sepanjang masa?” - PU Syed tegur kenyataan Aprena ManroseARTIKEL BERKAITAN: Menteri agama dikecam isu LGBT, PU Riz ajak netizen fahami konteks penuh... “Penting untuk saling menjaga sensitiviti dan mengukuhkan perpaduan”Kenyataan tersebut dilihat sebagai respons terbuka terhadap pelantikan PU Riz yang diumumkan pada Ahad sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai penglibatan golongan pendakwah dalam arena politik.Terdahulu, PU Riz diumumkan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube