suria
mStar - Urban.Versatil

“Sanggup tanggung dosa sepanjang masa?” - PU Syed tegur kenyataan Aprena Manrose

PU Syed tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Aprena.

PENDAKWAH bebas PU Syed tampil memberi teguran terhadap kenyataan  pelakon Aprena Manrose berhubung penampilannya yang tidak memakai berhijab dalam beberapa acara. 

Jelas Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, meskipun ibadah solat dilakukan sempurna, namun menutup aurat juga merupakan satu tuntutan agama. 

"Kalau ayah faham keputusan tanggal tudung asalkan jangan tinggal solat, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Satu bahagian itu kita sempurna dengan jaga ibadat solat.

"Tapi dengan kita mencabut tudung, dedahkan aurat, itu satu perbuatan  haram yang sepatutnya kita sendiri kena faham. 

PU Syed menegur Aprena secara terbuka di Instagramnya. 

"Bukan perlu orang lain faham, kita sendiri perlu tahu bahawa fardu yang ditetapkan kepada seorang Muslim yang telah akil baligh, mereka mesti menutup aurat," katanya melalui satu hantaran video di Instagram. 

Tambah Syed, setiap perintah Allah disusuli dengan hikmah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap Muslim yang sudah cukup syarat. 

Jelasnya, isu menutup aurat bukan soal persepsi atau penerimaan orang sekeliling, sebaliknya berkait rapat dengan ketaatan seorang hamba terhadap Tuhan. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nak fikir fasal orang, takut saya jadi gila” - Aprena Manrose kebal hadap kecaman, enggan kongsi punca kembali ‘free hair’

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesalahan” - Aprena Manrose jawab isu buka tudung

"Jadi, sanggupkah kita menanggung dosa sepanjang masa kita dedahkan aurat tersebut, dilihat oleh orang, dan kita rasa tak bersalah kepada Allah?

"Kepada adik (Aprena) ini, tolonglah faham bahawa mana situasi yang perlu kita utamakan, iaitu salah satunya kita utamakan perintah dan larangan Allah dalam hidup kita. Itulah syarat seorang Islam," ujarnya. 

Dalam masa sama, PU Syed turut menitipkan pesanan agar umat Islam bersabar dalam melaksanakan setiap perintah Allah.

Kenyataan Aprena mengenai hijab menimbulkan perdebatan netizen. 

"Sabar ini bukan kerana kena uji oleh Allah, tapi salah satunya sabar dalam melaksanakan perintah Allah. Kecuali kalau kita berada pada satu fasa yang lain.

"Contohnya fasa yang mana kita gila, ataupun kita ini tidak baligh lagi, tidak berakal. Jika kita tidak sebegitu, maka kefardhuan (tetap) kepada kita," tambahnya. 

Sebelum ini, Aprena menerusi satu kenyataan memaklumkan dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab, namun tetap berusaha menjaga ibadah solatnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain