TERUS melakar sejarah hebat, bintang kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh bakal menerima pengiktirafan berprestij apabila namanya akan diabadikan di Hollywood Walk of Fame.Pelakon berusia 63 tahun itu dijadual menerima pengiktirafan berkenaan pada 18 Februari depan bertepatan dengan hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina.Namanya bakal terpahat di Walk Of Fame pada 18 Februari depan. Menurut laporan Variety, majlis berprestij anjuran Dewan Perniagaan Hollywood itu akan berlangsung pada pukul 11.30 pagi waktu Pasifik.Bagi peminat di Malaysia, detik bersejarah tersebut boleh disaksikan secara langsung pukul 3.30 pagi, 19 Februari.ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mampu hamil merupakan perkara paling sedih dalam hidup Michelle YeohARTIKEL BERKAITAN: Umur 62 tahun kekal sihat dan jelita, Michelle Yeoh dedah 3 rahsia! Mudah je, semua orang boleh amalkanPenghormatan tersebut menjadi satu lagi pencapaian gemilang dalam perjalanan seni anak kelahiran Ipoh, Perak itu selepas mencipta sejarah sebagai wanita Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi menerusi filem Everything Everywhere All at Once.Sebelum ini, Dewan Perniagaan Hollywood telah menyenarai pendek nama Yeoh pada Jun 2023 untuk penghormatan berkenaan.Sejak kejayaannya di pentas Oscar pada 2023 lalu, karier Yeoh terus mencanak di peringkat antarabangsa dengan pelbagai tawaran berprofil tinggi.Selepas memenangi Oscar, Michelle Yeoh terus mencakap di peringkat antarabangsa. Selepas mencuri perhatian menerusi filem pecah panggung 2025, Wicked: For Good, Yeoh bakal memegang watak penting dalam dua lagi kesinambungan francais epik arahan James Cameron iaitu Avatar 4 dan Avatar 5.Tidak hanya terhad kepada filem layar lebar, Yeoh juga akan membintangi siri terbitan Prime Video berjudul Blade Runner 2099, selain menjalinkan kerjasama yang dinanti-nantikan bersama pengarah tersohor, Sean Baker.TONTON VIDEO PILIHAN!