Tidak dinafikan kelompok individu toksik sememangnya wujud sehingga boleh menjejaskan suasana di tempat kerja. -Gambar hiasan AI
MENJAGA penampilan diri bukan sekadar untuk kelihatan menarik di mata orang lain tetapi ia mampu meningkatkan keyakinan dan kepuasan kepada diri sendiri.Seperti seorang wanita ini, dia tidak menyangka penampilan kemas dan bergaya ketika ke pejabat mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan sekerja. "Khamis lepas aku pergi kerja pakai baju baru. Bukan melaram beria pun cuma baju batik biasa, cuma warnya agak menyerlah.Tekanan yang dihadapi seseorang berupaya menjejaskan emosi, kesihatan mental serta produktiviti. -Gambar hiasan AI"Tiba-tiba ada seorang ini cakap depan kawan-kawan lain... Eh, kau pakai lawa-lawa kenapa? Pergi kerja je pun. Nak tarik perhatian siapa?" kongsinya dalam hantaran di Threads.Menurut wanita tersebut, teguran secara terbuka itu membuatkan dia berasa malu sehingga kelu untuk membalas kenyataan rakan sekerjanya.Insiden tersebut juga membuatkan dia terfikir sama ada tindakan menjaga penampilan ke pejabat merupakan satu kesalahan.ARTIKEL BERKAITAN: Masuk pejabat jadi pendiam, kurang bergaul… Wanita terkejut jumpa akaun ‘X’ rakan ofis, ‘warna’ sebenar akhirnya terbongkar!ARTIKEL BERKAITAN: Perangai acah CEO rakan sekerja buat ramai meluat, suka kawal semua benda dekat pejabat... Makan dekat pantri pun kena soal!"Aku macam terfikir, salah ke nak berlawa pergi kerja? Pergi kerja kena pakai buruk-buruk ke?" luahnya lagi.Di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati wanita berkenaan supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif rakan sekerjanya.Malah, ada yang berpendapat dia berhak untuk berpakaian cantik dan kemas ke pejabat selagi penampilan tersebut bersesuaian dengan etika pemakaian tempat kerja.Seorang wanita malu selepas ditegur rakan sekerja kerana memakai baju baharu yang agak menyerlah ke pejabat.Rakan sekerja mempersoalkan tindakannya berpakaian cantik konon mahu menarik perhatian orang lain.Teguran secara terbuka itu membuatkan wanita berkenaan kelu dan malu.Dia tertanya-tanya sama ada salah untuk bergaya ke tempat kerja.Netizen menasihatinya supaya tidak mempedulikan kata-kata negatif rakan sekerja dan terus berpakaian mengikut keselesaan sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mungkin dia dengki. Pakai je cantik-cantik! Bukan nak tarik perhatian sesiapa pun, pakai lawa-lawa untuk diri sendiri."Typical pembuli tak boleh tengok orang senang!"Saya suka tengok orang pakai lawa-lawa pergi kerja, baru la nampak profesional," komen netizen.