suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perangai acah CEO rakan sekerja buat ramai meluat, suka kawal semua benda dekat pejabat... Makan dekat pantri pun kena soal!

Ada segelintir rakan sekerja bersifat iri hati dan gemar mencari salah. -Gambar hiasan AI

SUASANA kerja boleh bertukar tidak menyeronokkan apabila wujud rakan sekerja yang terlalu mengawal kehidupan orang lain.

Begitulah perkongsian seorang wanita mengenai pengalamannya bekerja dengan seorang rakan sekerja yang disifatkannya berlagak seperti memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat.

Menurutnya, individu berkenaan gemar mengawal hampir setiap perkara yang dilakukan orang lain di pejabat sehingga menimbulkan rasa kurang selesa.

Suasana kerja harmoni dapat meningkatkan produktiviti pekerja. -Gambar hiasan AI

Suasana kerja harmoni dapat meningkatkan produktiviti pekerja. -Gambar hiasan AI

"Perangai dia macam pegawai sumber manusia (HR), pengurus, CEO dan mak tiri dalam satu badan. Semua benda dia nak kawal.

“Kalau datang awal, dia tanya kenapa awal sangat. Balik tepat pada masanya, dia sindir tak komited. Makan di luar, dia kata tak bergaul. Makan di pantri, dia kata menyemak,” katanya.

Jelasnya, pada mula dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu mencari masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun cop dan nama doktor tak berubah, HR baru sedar staf serah MC palsu! 2026 masih guna ‘template’ Microsoft Word

ARTIKEL BERKAITAN: “Suruh bini pergi sendiri!” - HR pertikai staf syarikat ambil cuti separuh hari, tak peduli alasan bawa isteri periksa kehamilan

Namun, lama-kelamaan dia menyedari teguran diberikan bukan kerana prestasi kerja, sebaliknya kerana rakan sekerjanya itu merasakan dirinya berkuasa.

"Paling aku tak boleh lupa, satu hari aku mohon cuti sebab ada hal keluarga. Bos dah lulus tapi akak ni boleh cakap depan orang, budak sekarang sikit-sikit cuti, dulu akak demam pun datang kerja. 

"Akak, itu bukan flex. Itu tanda akak dulu pun kena dera sistem," katanya.

Pada hari terakhirnya bekerja, wanita itu turut berdepan satu lagi soalan daripada wanita tersebut.

  • Wanita luah pengalaman bekerja dengan rakan toksik.
  • Semua tindakannya di pejabat sering dipersoalkan.
  • Rakan sekerja sindirnya kerana mengambil cuti.
  • Jawapan wanita buat suasana pantri terus sunyi.
  • Netizen puas hati dengan jawapan berkenaan.

“Dia tanya kenapa resign? Tak tahan tekanan ke? Aku senyum dan balas bukan tak tahan tekanan, cuma tak nak jadi macam akak 10 tahun lagi. Terus senyap, setepek aku bagi depan muka," katanya.

Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang puas hati dengan jawapan wanita berkenaan.

"Biasanya yang toksik ini dekat rumah dia rasa sunyi. Dekat pejabat dia cari fasal dengan orang.

"Akak tu tak bahagia dan cemburu tengok orang lain bahagia," komen warga maya.

Artikel Lain