suria

“Suruh bini pergi sendiri!” - HR pertikai staf syarikat ambil cuti separuh hari, tak peduli alasan bawa isteri periksa kehamilan

Wanita sepatutnya memahami situasi yang dialami golongan ibu hamil. -Gambar hiasan AI

JABATAN sumber manusia (HR) selalunya sinonim dengan imej yang tegas, namun kadangkala ketegasan itu agak keterlaluan sehingga dianggap gemar mencari kesalahan pekerja.

Bagi seorang wanita, pengalaman yang dilalui suaminya di tempat kerja cukup menggores hati apabila situasi peribadi mereka seolah-olah tidak difahami oleh pihak syarikat.

Wanita itu meluahkan rasa kecewa yang amat sangat apabila suaminya dipersoalkan oleh seorang staf HR hanya kerana kerap mengambil cuti separuh hari setiap bulan demi urusan keluarga.

Klinik kesihatan sentiasa dipenuhi orang awam yang ingin mendapatkan rawatan. -Gambar hiasan

Klinik kesihatan sentiasa dipenuhi orang awam yang ingin mendapatkan rawatan. -Gambar hiasan

"Suami jelaskan dia perlu temani aku jalani pemeriksaan kehamilan. Adik-beradik lain kerja, ayah pula kena jaga mak sebab sakit.

"Jadi memang tiada siapa nak urus dan memang itu tanggungjawab suami. Tahu HR tu cakap apa? Dia kata... suruh bini awak pergi klinik sendiri," katanya dengan nada terkilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu kurang senang tengok warga asing banjiri Klinik Kesihatan, bimbang kadar kelahiran bukan warganegara meningkat

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa anak sakit pergi klinik, doktor 'marah' rakan sejawat buat kerja cincai! Caj beratus, jumpa tak sampai seminit

Meskipun suami wanita tersebut sudah cuba berterus-terang mengenai kekangan hidup mereka yang hanya memiliki sebuah motosikal dan tidak mempunyai kereta, staf HR berkenaan tetap memberikan cadangan yang dianggap tidak masuk akal.

"HR tu cadangkan supaya aku pinjam kenderaan sesiapa untuk ke klinik. Suami pun cakap la... habis anak seorang lagi siapa nak jaga? 

"Nak suruh bini bawa anak sekali? Budak kecil bukan boleh duduk diam, lagi-lagi masa tunggu giliran,” ceritanya lagi menggambarkan kepayahan yang terpaksa dihadapi.

HR tersebut juga mencadangkan menggunakan perkhidmatan e-hailing tetapi ditolak suaminya atas faktor kewangan.

"HR tu bagi peringatan dekat suami yang rekod kehadiran tetap dianggap buruk sebab kerap ambil kerja separuh hari," katanya.

  • Suami dikritik HR kerana kerap ambil half day temani isteri hamil.
  • HR cadang isteri ke klinik sendiri walau tiada bantuan.
  • E-hailing ditolak kerana kos dan anak kecil.
  • HR tetap anggap rekod kehadiran buruk.
  • Netizen kecam HR kurang empati.

Apa yang lebih membuatkan pengadu terasa hati adalah apabila memikirkan staf HR berkenaan juga merupakan seorang wanita dan sudah berkahwin, namun seolah-olah hilang rasa empati terhadap kaum ibu yang sedang bergelumang dengan kepayahan mengandung.

"Ingatkan dia faham situasi orang mengandung yang perlu kerap jalani pemeriksaan tetapi tidak. Mungkin nanti dia akan faham kenapa dan mengapa.

"Dia dah lama kahwin tapi belum ada anak, mungkin dia cemburu," kata wanita tersebut.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang mengecam tindakan pegawai HR tersebut yang dianggap tidak memahami keadaan wanita hamil.

"Semoga HR tu ada anak dan dapat anak dengan jarak rapat-rapat. Biar dia rasa apa yang awak rasa.

"Dia tak sepatutnya sibuk kalau bos sudah benarkan suami awak cuti separuh hari," komen netizen.

Artikel Lain