suria

Sengaja ‘on recording’ sebab rasa tak sedap hati... Wanita akhirnya terkilan dengar rakan sekerja hipokrit maki belakang

Berdepan dengan rakan sekerja yang bersikap hipokrit adalah lumrah di mana-mana tempat kerja. -Gambar hiasan AI

BENARLAH kata orang, hubungan di tempat kerja ada batasnya dan tidak semua teman sekerja boleh dianggap sebagai kawan. 

Sikap terlalu terbuka dan mempercayai orang sekeliling tanpa waspada kadang kala memakan diri.

Mengalami perkara yang sama, seorang wanita berkongsi kisah berdepan rakan sekerja hipokrit yang rupa-rupanya mengutuknya di belakang.

Menurut wanita tersebut, dia mula berasa tidak sedap hati apabila melihat perubahan sikap rakan sekerja ketika melangkah masuk ke pejabat.

Hal itu membuatkan dia tergerak untuk merakam percakapan mereka menggunakan telefon bimbit.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita disindir rakan sekerja pakai mekap selepas solat, respon akak ‘cleaner’ buat hati berbunga

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja dalam suasana toksik sampai kena jumpa psikiatri, wanita ini nekad angkat kaki... bisnes berjaya bukti dirinya tak gila!

"Aku saja la tinggal handphone aku sambil on recording video atas meja aku. 

"Terfikir buat begitu sebab sejak pagi mereka buat muka dekat aku. Aku nak tahu apa officemate kutuk tentang aku," tulisnya dalam hantaran di Threads.  

Tambahnya, dia kemudian berpura-pura pergi ke tandas sebelum kembali semula ke meja kerjanya kira-kira 10 minit kemudian. 

Tekanan yang dihadapi seseorang boleh menjejaskan prestasi di tempat kerja. -Gambar hiasan

Namun, apa yang ditemui selepas dia memainkan kembali rakaman tersebut benar-benar mengejutkan.

"Dua minit pertama senyap, just bunyi keyboard sahaja. Minit ketiga, ambil kau... Berbondong-bondong mereka kutuk aku," ujarnya.

Biarpun terkejut, wanita itu bersyukur kerana situasi yang dialaminya itu membuatkan dia sedar bahawa hubungan dengan rakan sekerja seharusnya mempunyai batas tertentu.

"Betul la ye officemate ni sekadar kawan kerja je, tak payahlah nak berlebih-lebih anggap dia kawan. 

"Terkono den (terkena saya) pagi ni," katanya lagi.

  • Seorang wanita mendedahkan sikap sebenar rakan sekerja yang didakwa mengutuknya di belakang.

  • Dia mula curiga selepas melihat perubahan sikap rakan sekerja yang memandangnya dengan sinis.

  • Wanita itu bertindak merakam secara senyap sebelum berpura-pura keluar ke tandas selama 10 minit.

  • Rakaman menunjukkan rakan sekerja mula mengutuknya selepas beberapa minit dia meninggalkan meja.

  • Insiden itu membuka matanya bahawa hubungan di tempat kerja perlu ada batas.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang rata-rata bersetuju bahawa hubungan dengan rakan di tempat kerja perlu kekal professional untuk mengelakkan konflik serupa. 

Malah ramai yang berkongsi pengalaman hampir sana dan menitipkan nasihat untuk dijadikan pengajaran bersama. 

"Saya pun... tapi toksiknya ni habis hasut semua orang. Tak tahu apa yang dia tak puas hati.

"Betul. Kerja, balik kerja. Cukup. Tak perlu baik sangat. Mesti ada garisan.

"Dengan officemate boleh kawan rapat tapi hanya dekat tempat kerja je. Jangan lebih dari luar tempat kerja," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain