PELAKON Mhia Firdaus menganggap pencalonannya dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Golden Horse ke-63 ia merupakan satu amanah yang amat berat untuk digalas.Mhia, 20, mengakui statusnya sebagai pelakon Melayu pertama yang tercalon dalam anugerah berkenaan meletakkan dirinya dalam situasi penuh berhati-hati demi menjaga nama baik negara. “Sebenarnya ia bukan sesuatu yang serba indah. Bila saya diberikan gelaran sebagai pelakon Malaysia pertama yang dicalonkan di 63rd Golden Horse Award, ia sebenarnya satu tanggungjawab yang sangat besar tentang bagaimana saya akan mewakili negara saya dan juga sebagai orang Melayu.Mhia berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Macam mana nak wakili perkara itu? Sebab kalau tersalah cakap sikit, tersalah riak muka ke, atau bahasa badan, semuanya akan berbalik kepada saya kerana saya sedang mewakili negara.“Tetapi saya sangat bersyukur sebab usaha saya dan apa yang saya cuba bawakan dalam industri ini, atau cara saya mencari tapak dalam industri seni mula dilihat oleh orang ramai,” katanya kepada mStar semasa sidang media filem Sayang Sayang di TGV, KLCC pada Selasa. Menyentuh mengenai persaingan anugerah berkenaan, Mhia menegaskan dia sama sekali tidak pernah menjadikan lakonan sebagai platform untuk mengejar trofi atau menagih pengiktirafan.ARTIKEL BERKAITAN: Cucu Fauziah Nawi pelakon Melayu pertama tercalon Anugerah Golden Horse... Mhia Firdaus bersyukur dapat ‘Top 5‘ARTIKEL BERKAITAN: Farah Ahmad kesal sikap kurang beradab, tergamak tulis komen sensitif pemergian tokoh negara“Saya bukan jenis yang berlakon untuk pastikan semua orang nampak. Niat saya memang ikhlas dari hati kerana saya suka berlakon dan bercerita melalui tubuh serta emosi saya.“Menang ataupun kalah itu bukan penentu segala-galanya. Kalau kalah, tidak bermakna saya tiada apa-apa lagi dalam hidup. “Jika menang sekalipun, ia tidak bermakna saya sudah sampai ke puncak. Sebab itu dari awal lagi saya tidak pernah gunakan lakonan sebagai tempat untuk mendapatkan validasi, populariti, ataupun anugerah semata-mata,” jelasnya. Dalam pada itu, Mhia berkata dia dedikasikan pencalonan bersejarah tersebut kepada tenaga produksi filem Sayang Sayang yang disifatkannya sebagai tulang belakang. Bagi Mhia, pengiktirafan di peringkat antarabangsa patut dijadikan pemangkin untuk industri seni tempatan lebih menghargai peranan krew di sebalik tabir.Mhia tercalon melalui filem Sayang Sayang. “Saya harap industri kita akan lebih berkembang bukan sahaja dari segi kejayaan, tetapi juga hubungan antara satu sama lain, antara krew dengan pelakon serta penonton.“Kadangkala krew di belakang tabir tidak mendapat pengiktirafan sebanyak pelakon, padahal jika kita lihat pada senarai kredit filem, ada terlalu banyak nama yang berkorban tenaga.“Jadi jika ada rezeki menang atau sekadar dengan pencalonan ini, ia bukan tentang saya seorang, tetapi mengenai semua jiwa yang saling terhubung dan penat lelah yang telah dicurahkan oleh seluruh pasukan,” ujarnya. Untuk info, malam kemuncak Anugerah Golden Horse ke-63 dijadualkan berlangsung pada 22 November depan di China.