TERCALON dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Golden Horse ke-63, aktres Mhia Firdaus menganggapnya sebagai satu pencapaian bermakna dalam kerjaya seni.Malah Mhia, 20, juga tidak menyangka namanya tersenarai dalam kategori berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Sayang Sayang. "Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan akan berlaku kepada diri saya dan saya benar-benar berasa bertuah kerana diberikan peluang ini.Lakonan Mhia dalam Sayang Sayang mendapat perhatian. "Pencalonan ini sudah cukup menjadi satu pencapaian yang sangat bermakna dalam perjalanan lakonan saya dan saya amat bersyukur kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada Anugerah Golden Horse ke-63," katanya.Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon ini turut menitipkan penghargaan buat ibunya iaitu aktres Farah Ahmad yang banyak memberikan sokongan.Bagi Mhia juga, pencalonan tersebut merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna, apatah lagi dia masih baharu dalam dunia lakonan.ARTIKEL BERKAITAN: Farihin Arnia belum puas, menang anugerah bukan alasan selesa ARTIKEL BERKAITAN: Farah Ahmad kesal sikap kurang beradab, tergamak tulis komen sensitif pemergian tokoh negara"Pertama sekali, buat mama, terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya, mempercayai dan memberikan sokongan pada setiap langkah perjalanan ini. Kehadiran kalian di sisi saya menjadikan detik ini lebih istimewa."Terima kasih atas pengiktirafan yang luar biasa ini. Semoga pengalaman istimewa ini membawa lebih banyak kenangan indah buat saya," luahnya.Lebih membanggakan buat Mhia apabila dia menjadi pelakon Melayu pertama yang tercalon dalam anugerah berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 22 November di China.Nama Mhia tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Untuk kategori berkenaan, Mhia bakal bersaing dengan pelakon Audrey Lin menerusi filem Girl, Sun Jialing (Big Little Things), Judy Ongg (Sunshine Women’s Choir) dan Kearen Pang (We Are Born Good).Filem arahan Tang Hsiang-Chu itu turut dicalonkan dalam kategori Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Baharu Terbaik, Kesan Bunyi Terbaik serta Kesan Visual Terbaik.