suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janda Nubhan sudah bertunang, bakal isteri duda... “Bukan nak tunjuk pada bekas suami”

Dr Afifah (kanan) mengikat tali pertunangan pada 2 Ogos lalu.

BEKAS isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengesahkan sudah bertunang dengan seorang usahawan pada 2 Ogos lalu.

Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie berkata, pertunangan itu diumumkan kerana dia dan bakal suaminya dijangka melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat.

Menurut Dr Afifah, dia mengenali tunangnya itu menerusi rakan artis, penyanyi Lufya Omar.

Dr Afifah bakal menamatkan status ibu tunggal tidak lama lagi.

"Benar saya sudah bertunang pada 2 Ogos lalu, saya maklumkan perkara ini pun kerana insya-Allah majlis pernikahan kami akan dibuat dalam waktu terdekat. 

"Saya bukanlah mahu berahsia sangat tetapi jika sudah tiba masanya nanti saya akan maklumkan kepada semua," katanya ketika dihubungi mStar.

Ditanya mengenai respons bekas suami, Dr Afifah memberitahu dia tidak pernah menyekat Nubhan di media sosial, namun tidak memaklumkan mengenai perancangan untuk berkahwin semula.

Katanya, pengumuman mengenai pertunangan itu juga dibuat bagi mengelakkan fitnah apabila dia dilihat keluar bersama lelaki yang bukan dalam kalangan ahli keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Nubhan enggan pasangan baharu dari bidang hiburan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dr Fie rasa tiada privasi hidup ‘terpenjara’, gerak-geri diperhatikan... Harap kes komital dengan Nubhan segera selesai

"Saya pun tak ada block dia (Nubhan) di media sosial, cuma saya tidaklah maklumkan yang bakal berkahwin lagi. 

"Niat saya uar-uarkan pertunangan ini pun bukan atas dasar nak menunjuk pada dia (bekas suami) tetapi lebih kepada mahu elakkan fitnah. 

"Nanti ada pula orang cakap saya keluar dengan lelaki, setidaknya sekarang semua orang tahu itu tunang saya," ujarnya. 

Bercerita mengenai pilihan hatinya kali ini, Dr Fie berkata dia menginginkan seorang lelaki yang lebih matang dan mampu menerima dirinya bukan sahaja sebagai seorang doktor, malah sebagai individu yang kini dikenali ramai.

Kata Dr Afifah, bakal suaminya itu juga merupakan seorang duda yang mempunyai empat cahaya mata, sekali gus membuatkan hubungan mereka dirasakan lebih mudah kerana tidak perlu membina keluarga dari awal.

Dr Afifah (kiri) mahu membina keluaga bahagia bersama anak-anak.

"Saya ada anak kecil dan dia (bakal suami) pun ada anak sendiri. Jadi saya rasa kami sudah mempunyai keluarga yang lengkap. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri, jadi kami tidak perlu bermula dari awal. 

"Saya mencari perhubungan yang lebih stabil. Saya pun tak rasa macam nak ada anak lagi, kita nak rasa macam honeymoon all the time," katanya. 

Untuk rekod, Dr Fie dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun. 

Artikel Lain