suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedia jadi ‘bapa segera‘, Syed Saddiq sudah buat persiapan masa depan Bella dan anak-anak

Syed Saddiq (kiri) bersedia menggalas tanggungjawab terhadap bakal dua anak tirinya. Foto Ihsan ASTRO

BAKAL bergelar bapa tidak lama lagi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dia bersedia menggalas tanggungjawab terhadap dua anak bakal isterinya, Bella Astillah.

Menurut Syed Saddiq, sebagai persediaan mendirikan rumah tangga, dia dan Bella turut berbincang mengenai hala tuju kehidupan mereka termasuk masa depan serta pendidikan anak-anak.

“Bila kita pergi kursus perkahwinan pun, kita sudah ditaklimatkan dan dididik mengenai tanggungjawab seorang lelaki, suami dan bapa.

“Perkara itu adalah perkara hakiki tetapi bukan sekadar hakiki. Tentunya kita nak buat yang terbaik, bukan sekadar bare minimum.

Syed Saddiq sudah mula membaca buku berkaitan kekeluargaan.

“Ini semua perkara yang sudah saya bincangkan dengan bakal isteri saya, Bella. Bukan setakat nafkah batin dan zahir, tetapi banyak lagi seperti kos pendidikan anak dan masa depan anak-anak. Semua ini sejujurnya sudah dibincangkan dari awal,” katanya.

Syed Saddiq berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah dan Syed Saddiq yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Tambahnya, komunikasi serta perbincangan secara harmoni sejak awal amat penting dalam membina rumah tangga yang kukuh selain dapat mengelakkan sebarang krisis pada masa akan datang.

“Bagi saya, ia penting untuk kita mengelakkan krisis rumah tangga dengan membuat perbincangan awal dalam situasi yang harmoni.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq utamakan pengurusan kewangan, belanja kahwin berhemah

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tak layak“ - Syed Saddiq dan Bella Astillah mohon jangan disamakan dengan kisah Tun Mahathir dan Allahyarham Tun Hasmah

“Sebab itu saya rasa ia bukan satu beban kerana ia merupakan aset. Insya-Allah, lebih banyak saya laburkan masa dan tenaga dalam keluarga, lebih banyak pintu rezeki akan dibuka,” ujarnya.

Malah, sebagai persediaan, Syed Saddiq mendedahkan dia mula membaca buku berkaitan kekeluargaan sejak tahun lalu selain menimba ilmu daripada individu yang dianggap berjaya dalam kehidupan berumah tangga.

“Tidak ada kesempurnaan. Sejak akhir tahun lalu, kami sudah berbincang untuk memulakan rumah tangga dan memang tidak putus-putus membaca buku berkaitan kekeluargaan.

“Saya belajar bagaimana hendak menjadi ayah dan ibu bapa yang baik. Saya juga berjumpa dengan banyak figura dan tokoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya, tetapi lebih penting berjaya menguruskan rumah tangga.

“Anak-anak mereka berpendidikan tinggi dan berbudi bahasa. Saya banyak menimba pengalaman daripada mereka untuk dikongsikan bersama keluarga baharu ini.

“Saya cuma harap walaupun dapat belajar satu peratus daripada mereka, itu pun sudah menjadi satu nikmat yang sangat besar,” kongsinya.

Syed Saddiq dan Bella (kiri) bakal bernikah pada 10 Oktober ini.

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella, 32, sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober depan.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.

Pasangan itu kemudian bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk dan akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 9, dan Ara, 6.

 

Artikel Lain