PELAKON Farihin Arnia tidak menyangka namanya dipilih sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Watak Pembantu untuk peringkat kebangsaan bagi Asian Academy Creative Award (AACA) 2026.Sebagai pendatang baharu, Farihin menganggap kejayaan tersebut adalah satu pengiktirafan terbesar dalam kerjaya. "Bila diberitahu nama saya sebagai pemenang kategori itu, saya memang hilang kata-kata. Tak tahu nak respons macam mana.Watak Johan memberi impak dalam kerjaya Farihin. "Memanglah ada impian untuk menang anugerah, tetapi saya rasakan perjalanan masih jauh. Syukur atas pengiktirafan yang diberikan."Saya masih baru dalam dunia lakonan, jadi semestinya anugerah ini adalah satu yang sangat berharga. Kemenangan ini juga untuk arwah Labu (pengarah) yang banyak mengajar sepanjang penggambaran," katanya.Farihin menerima anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam drama Kelas Belakang yang sebelum ini ditayangkan di platform Viu.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa beri tempoh setahun Farihin Arnia kejar impian, kini mampu beri wang lebih RM100 buat keluarga di Sabah ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah Labu meninggal duniaAACA mengiktiraf penggiat seni dalam pelbagai kategori. Pemenang peringkat kebangsaan dari seluruh rantau Asia-Pasifik bakal bersaing untuk merebut anugerah utama di AACA Grand Awards di Singapura pada Disember.Berkongsi lanjut, Farihin juga memberitahu anugerah tersebut bukanlah satu alasan untuk dia mendabik dada atau berasa selesa sebagai seorang pelakon.Sebaliknya, ia menjadi pembakar semangat untuk membuktikan dia mahu terus berkongsi bakat kepada peminat. Bila diberitahu nama saya sebagai pemenang kategori itu, saya memang hilang kata-kataFARIHIN ARNIAPELAKON "Bila dah diberi anugerah ini, tanggungjawabnya lebih besar. Saya tak boleh ambil mudah dalam setiap tawaran yang diberikan selepas ini."Sejujurnya saya masih belum puas denga lakonan sendiri. Masih banyak perlu saya belajar dan perbaiki untuk persiapan dalam membawa watak-watak seterusnya nanti," ujarnya. Dalam masa sama, Farihin juga terbuka untuk menerima lebih banyak cabaran dalam pelbagai watak pada masa akan datang.Farihin mahu cabar diri cuba pelbagai watak. Baginya, seorang pelakon yang baik harus berani menonjolkan sisi berbeza untuk kepuasan penonton."Watak Johan dalam drama Kelas Belakang sebelum ini benar-benar mencabar. Banyak ilmu yang saya belajar sepanjang terlibat dalam drama tersebut."Kalau boleh, saya nak explore lebih banyak watak, tetapi tidaklah yang keterlaluan sehingga menyentuh isu sensitif," jelasnya.